Tuesday, June 18, 2013

Menjejak kaki Ke Lands of Latin Christendom

from only Ogres Know


Setelah bertahun-tahun memendam keinginan, akhirnya panda berada di langkah-langkah terakhir untuk menjejakan kaki ke bumi Eropah. Hasil simpanan dari rezeki yang telah di tetapkan kepada panda sejak di Luf manfuz lagi... Kali ini panda bersama-sama group KL telah mendaftar dengan Kelana Convoy untuk menyertai Conquest of Europe. Pakej ekonomi 16 hari meliputi 8 negara Europe bernilai GBP669 dan GBP5 untuk sewa sleeping bag.


Tentatif perjalanan Kelana Convoy adalah dari kota London ke Amsterdam -  Volendam - Heidelberg - Fussen - Innsbruck - Venice - Barberino Designer Outlet - Rome -Pisa - Swiss Alps - Lauterbrunnen - Paris - London.

Misi akan bermula dari KLIA menuju ke kota Paris pada 20 Jun 2013 (KUL-CDG) jam 9 malam waktu Malaysia dan di jangka tiba di Paris Charles De Gaulle Airport pada 21 Jun 2013 jam 7.00 pagi. Ini akan terlaksana sekiranya mogok pengangkutan di Perancis tidak berterusan dan Malaysia Airlines tidak menangguhkan penerbangannya. Kos pergi balik KUL_CDG_KUL adalah RM2910, dibeli semasa MAS Travel Fair pada Februari 2013 yang lalu. Dari CDG kami akan terus ke Paris Nord untuk mengambil keretapi laju ke kota London. Kosnya GBP40. Tempahan awal di perlukan jika tidak harganya melambung hingga GDP85.


Di London kami akan menginap di MARA Hostel Baywater dengan kadar GDP25/bed, Kami hanya semalaman di kota London sebelum bergerak ke Amsterdam pada 22 Jun 2013 dan memulakan perjalanan yang termahal bagi panda.

*Tukaran asing GBP1 = RM4.96 / Euro1 = RM4.20 CHf1= RM3.44 (13 Jun 2013)

* Semua gambar di ambil dari blog dan web lain tanpa kebenaran pemilik. Hanya bertujuan hiasan semata-mata.

Thursday, June 13, 2013

Semalam di Shah's Beach Resort, Melaka


Setelah hampir setiap minggu berkereta menuju ke pelbagai destinasi bermula dengan Pilihanraya Umum ke 13 di Terengganu, kemudian hari pernikahan di Sungai Besar, Selangor. Seminggu kemudian balik ke Kuala Rompin untuk upacara sambut menantu, dan ke Jawi, Seberang Perai Selatan untuk menghadiri Kursus dan kali ini ke Melaka untuk memberi taklimat kepada kakitangan yang menguruskan kewangan Pusat.


12 Jun 2013 - Lokasi program adalah di Shah's Beach Resort Melaka, Tanjung Kling. Berada di pinggir Selat Melaka bersebelahan dengan beberapa hotel yang besar. Panda telah di sediakan bilik Deluxe Chalet. Bilik yang besar dengan katil Queen Siap ada pancuran air ala-ala jakuzi lagi. Telah lama panda tidak di taja dengan bilik sedemikian rupa.



Dekorasinya sangat unik, bercirikan rumah Baba lama, dengan perabut antik di lobinya. Suasana agak suram dan menimbulkan misteri. Tiada hantu di sini itu pasti. Panda tidur dengan nyenyak tanpa gangguan kecuali nyamuk apabila subuh menjelang.


Makanan di sini juga enak, tetapi panda tidak sempat untuk merasa assam pedas Melaka kerana jadual yang ketat. Panda hanya sempat bersiar-siar di sekitar pada senja yang sama panda tiba.




Shah Beach Resort memang sesuai untuk dijadikan tempat istirehat dengan suasana tradisional. Kawasan ini juga tenang di saming mengadap Selat Melaka dan Bandaraya Melaka, Bandaraya Bersejarah itu...

Sunday, June 9, 2013

si Buncit di Phuket - Season finale



Setelah menghanguskan kulit di ketiga-tiga pulau khai, kami kembali ke hotel. Kira-Kira jam 1 petang, kami tiba di hotel. Memandangkan penerbangan kami pada jam 9:00 malam waktu tempatan. Kami telah menempah teksi dengan harga B650 di kios pelancungan berhampiran hotel. Kadar tambang berbeza-beza di antara B500-B1000, minivan katanya beroperasi sehingga jam 6.00 petang sahaja. Teksi bukanlah satu masalah di Patong Beach ini, cuma sediakan wang sahaja.



Setelah membersihkan diri, kami ke jungcylon mall untuk menikmati makan tengahari. Kawasan Patong ini agar sukar untuk mendapatkan makan tengahari kerana banyak kedai belum beroperasi. Kami memilih restoren di Promenade 1. Cantik restorennya Dan menyediakan makanan halal. Tapi harganya amat menarik,  bermula B200. Rasanyanya sangat sedap. Dekoratifnya jus menarik.
 


Setelah itu kami kembali ke mall untuk medapatkan rawatan muka (facial) yang bermula dari harga B299. Seperti biasa bila pelanggan  melangkah masuk, maka adalah cadangan untuk tambahan servis yang di syorkan. Tetapi tidak melebihi B500 untuk keseluruhan servis. Therapist nya memang cantik bangat!




Sempat juga panda membeli sepasang kasut getah di mall ini dengan harga B790 sebagai cenderamata untuk diri sendiri. Kasut yang unik dan selesa. 




Secara keseluruhan kunjungan ke Phuket ini memang menarik. Wajarlah ia di ibarat syurga dunia. Segalanya ada disini. Walaupun imejnya seringkali digambarkan dengan sesuatu yang kurang baik. Tetapi ia lebih terbuka untuk semua. Boleh dijadikan tempat percutian keluarga. Panda sukakan Thailand kerana masyarakatnya sangat rukun dan kuat bekerja.  Bersatu padu tanpa mengira agama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com