Seawal
jam 4:45 pagi kami telah keluar rumah menuju ke lcct di Sepang. Kali pertama
memandu dan meletakkan kereta di Lcct untuk 4 hari. Penerbangan AK1928
memulakan penerbangan jam 0725 menuju ke Phuket Thailand.
Kami tiba
kira-kira sejam kemudian, selesai urusan immegresen kami membeli tiket minivan
untuk ke Patong Beach dengan harga B180 (kadar tukaran B100 = RM11). Jika
memilih teksi, Caj yang dikenakan adalah antara B600 ke B800. Kelemahannya
adalah kita perlu menunggu minivan penuh sebelum perjalanan dimulakan. Maximum
kapasiti adalah 14 orang.
Perjalanan
dari Phuket international airport ke Patong Beach mengambil masa 45 minit. Kami
tiba di hotel penginapan kami pada jam 1000 pagi waktu tempatan kami dibenarkan
mendaftar masuk terus tanpa perlu menunggu jam 12 tengahari. Hotel pilihan kami
adalah Tiger Inn di Rat-U-Thit, Pee Rd, berhampiran Bangla Road yang terkenal
di bandar Patong.
Selepas
berehat seketika kami kembali ke jalan raya untuk makan tengahari dan mencari
pakej- pakej yang sesuai sepanjang 3 hari kesini. Kami menuju ke Patong Beach
yang hanya seperlaungan sahaja dari hotel. Ketika ini juga ada acara ASEAN BIKE WEEK 2013, mengumpulkan penunggang motorsikal berkuasa besar dari seluruh ASEAN. Ramailah Panda ketemu dengan rakyat Malaysia di sini.
Setelah
sejam lebih menyusuri pantai dan jalan dibawah terik matahari, akhirnya kami
bertemu juga gerai yang menawarkan pakej ke Pulau dengan harga yang berpatutan.
Untuk hari kedua, kami membeli pakej ke Pulau James Bond dengan kadar B750
seorang menggunakan bot pancung. Hari ketiga, pakej setengah hari ke Pulau Khai
B650 dan hari ini lawatan peribadi ke Big Buddha dengan kadar B600 seorang.
Makan tengahari kami di depan Masjid Nurul Islamiyyah, masjid terbesar di Patong. Makan untuk 2 orang adalah B110, ikan lolong dan goreng sayur nenas. Sempat solat jamak di Masjid.