Sunday, February 24, 2013

Penang 2013


Seakan pengenal kepada entri akan datang... sebelum waktu berlari dengan lebih pantas meninggalkan aku....



Tetapi dalan kesuntukkan itu sempat juga menonon filem yang mungkin tidak di tayangkan di Malaysia ini, Kisah yang berlaku di 5 zaman berbeza, lepas, hari ini dan masa ke hadapan.... Harus tonton...

Friday, February 8, 2013

Fetih 1453/Conquest 1453


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Agak lama Panda tidak berkongsi pandangan terhadap filem-filem yang panda tonton. Tetapi kali ini agak teruja untuk berkongsi bersama rakan-rakan pembaca akan kehebatan cerita ini. Film terbitan tahun 2012 dari Turki ini mencuri minat panda setelah seharian menghadiri seminar Parenting gaya Al Fatih kendalian Ibrah Paradigm Training & Consultancy

Filem durasi lebih 2 jam 30 minit memaparkan kehidupan Al-fatih dan penekanan di beri kepada penaklukan Constantinople itu sendiri. Perang selama 52 hari itu di filemkan sedemikian rupa dengana adunan yang tidak menjemukan.

Ia adalah sebuah film komersial yang bersifat komersial, jangan mengharapan film ini berkisar tentang Islam secara total, tetapi ia lebih menekankan kepimpinan dan cabaran Al fatih bersama Ulubatli Hassan yang menegakkan bendera Muslim Ottoman di Menara kota Constantinople.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.


Selebihnya bolehlah menonton film ini.


Thursday, February 7, 2013

Rumah Terbalik aka upside down house


Destinasi jalan-jalan kami di Sabah adalah Rumah Terbalik yang pertma di Asia (katanya) yang terletak di Kampung Talibong, Batu 21, Jalan Talibong, Tamparuli Sabah. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM10 seorang. 


Lokasinya adalah diantara Kota Kinabalu dan Gunung Kinabalu, berada di kawasan perkampungan tetapi di jalan utama. Keunikan rumah ini adalah kerana ianya terbalik dan pengungjung perlu memandang ke atas untuk melihat susunatur perabut di rumah tersebut. Ruang rumah adalah 2 bilik tidur dan 1 bilik air.


Tidak sampai 10 minit anda akan habis menjelajah segenap ruang pameran. Pengunjung dilarang mengambil gambar di dalam rumah ini.


Paling unik adalah kereta kancil yang di gantung di luar rumah. Satu lagi di sini ramai pelayan-pelayan yang memakai t-shirt dan berkain batik, ini bagi menimbulkan mood berada di rumah.


Pengunjung boleh membeli tshirt dan barangan cenderamata ketika di laluan keluar dari kawasan rumah ini, atau boleh juga menikmati minuman sejuk di cafe yang di sediakan, harganya juga berpatutan.

Friday, February 1, 2013

Kinabalu- Gunung yang hilang...


1 Februari 2013(Jumaat) Wilayah Persekutuan cuti hari ini, Pada peringkat awal teringin sangat nak makan tom yam di Floating Market, Hadyai.  tetapi apa ke jadahnya semua tidak menjadi. Kenapa yerk? Kesian my officemate yang tidak dapat ke Hadyai. Sabar nya Yus, nanti kita berjimba di hadyai terus ke Phuket. Tapi bila yerk?


Kembali ke cerita minggu lepas, 21-23 Januari 2013, tertiba kami dan ketua-ketua sektor untuk ke Kota Kinabalu bagi meghadiri taklimat bersama KKLW berkaitan Outcome Based Budgeting yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula 2013-2015 (percubaan) dan sepenuhnya pada 2016. Sistem baru yang amat remeh dan memeningkan kepala. Biasalah sesuatu yang baru, agak perit untuk dilaksanakan.


 Tidak mau bercerita akan perkara tersebut kerana boeh di baca di laman web perbendaharaan Malaysia. Setelah tamat program 2 hari di Hotel Promenade, kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar ke kaki gunung Kinabalu. Kami menyewa van yang boleh memuatkan 12 penumpang dengan kadar RM700 termasuk driver dan minyak.


Perjalanan bermula jam 6:30 pagi, menuju ke Kinabalu Park. Malangnya cuaca hari ini berkabus. Kami hanya sempat melihat sekilas sahaja puncak Gunung Kinabalu. Sesiapa yang ingn melihatnya perlulah berada lebih awal di sini, sekitar 5.00 pagi barulah boleh rasa kesejukan dan melihat matahari naik.

Singgah ke Kinabalu Park dengan bayaran masuk RM3.00 seorang, untuk melihat resort dan penginapan yang berada di siyu. Di Kinabalu Park juga dijadikan check point pertama sebelum menaiki gunung Kinabalu. 


Setelah itu kami terus ke Poring untuk aktiviti merendam kaki di air panas. Poring di Ranau ni mempunya telaga air panas dan beberapa air terjun. terdapat juga kanopi walk di sini. Jadi bawalah bekalan mandian jika ke sini. Jika tidak menyesal. Bayaran adalah ercuma dengan menunjukkan tiket di Kinabalu Park, jika tidak RM3 akan dikenakan.

 Abis kembang kaki direndam di dalam air suam, kami terus ke Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa untuk mengambil gambar di Kinabalu view. Panda pernah post tentang Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa ini sekitar tahun 2009 yang lalu. Jadi tidak mau cerita lagilah.



Pada mulanya rakan-rakan ingin memborong sayur, kemudian baru mereka tersedar yang mereka berada beribu batu dari rumah masing-masing. Sayur-sayur di Kundasang agak berpatutan harganya tetapi tidaklah semeriah sayur-sayuran di Cameron Highland.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com