Friday, August 26, 2011

Selamat Bercuti...


From 2011-08-17 cuba

Malam ini adalah malam 7 Likur, tandanya puasa hanya tinggal tiga hari sahaja lagi. Hari ini adalah hari terakhir panda sebelum bercuti dan berkelas serta menghadiri peperiksaan kertas 1 pada 10 September 2011 ini di Universiti Malaya. Apa-apa pun selamat balik Kampung bagi yang ada kampung dan nikmatilah hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. 

Saturday, August 20, 2011

Impian...


From 102NCD90

Impian ulang tahun ke empat hampir menjadi kenyataan, memiliki wide lense dan juga melanjutkan pelajaran. Semalam panda mendapat tawaran bersyarat bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Doctorate in Business Administration di salah satu Universiti bertaraf Tier 5 di Malaysia. Program pengajian mengambil masa 3-5 tahun dan dijangka bermula pada Disember 2011 ini.

From 102NCD90

Nampak gayanya panda sedang menggunakan semaksimun kemudahan yang ada di agensi panda walaupun kebanyakannya menggunakan kaedah paksa rela. Harap semuanya berjalan lancar dan otak panda boleh bertahan melepasi tempoh itu. Cukup disini dahulu, panda perlu meneruskan ulangkaji untuk CCP program yang perlu ditamatkan dalam tempoh 3 tahun ini, jika tidak kena penalti RM10,000 kerana gagal. Tunggu 1 benda lagi yang belum di materialise kan....

Thursday, August 18, 2011

Cuba-cuba....



Sedar tidak sedar sudah masuk hari ke 18 puasa ataupun Ramadhan, AlhamdulliLLAH semuanya berjalan lancar bagi panda. Masih sempat berterawih walaupun ada kehilangan terawih dengan varians 10%. Perjalanan meniti Ramadhan tetap diteruskan. Selamat meneruskan ibadat puasa seperti ini puasa terakhir bagi kamu.


From 2011-08-17 cuba

Selasa lepas semperna whale sales Airasia, panda berjaya mendapatkan tiket pergi balik ke Osaka dengan harga RM560+-, Jepun adalah tempat idaman panda yang terlalu ingin panda menjejak kaki. Tiketnya lebih kurang ke Perth Australia yang panda beli tahun lepas. Perjalanan adalah pada 27 June 2012 (D7532) hingga 02 Jul 2012 (D7535). Walaupun pada angan-angan awalnya ingin menjejaki kaki ke Tokyo dan seterusnya pulang dari Osaka, panda ingin mengurangkan risiko perjalanan seperti yang terjadi semasa kunjungan ke Dhaka. Tawarannya, sesiapa berminat turut serta bolehlah beli tiket seperti yang dinyatakan. Visa Jepun telah dipermudahkan sejak Jun 2011, jadi tidak perlukan bon lagi.




From 2011-08-17 cuba

Osaka adalah bandai ke 3 terbesar di Jepun buat masa ini, ia berada di dalam wilayah Kansai di pulau Honshu (Betulkan jika salah). Bandar utama yang berdekatan adaalh Kobe, Kyoto, Nara, Shiga dan beberapa lagi. Maklumat lanjud bolehlah merujuk ke wikipedia.





From 2011-08-17 cuba

Pada masa yang sama cuba tonton pic yang ada di entri ini dan bagi pandangan. ini adalah percubaan dengan menggunakan wide angle lense. Baru cuba-cuba, ada banyak lagi yang berlegar di  B-type natriuretic peptide (BNP) panda. maklumlah 12 billion sel tidak bercantum sepenuhnya, cuma panda cuba penuhi satu persatu mengikut keperluan nafsu yang utama. Masih belajar dan terus belajar....

Saturday, August 13, 2011

Selamat Ulang Tahun sayang....


From 2011-03-03 klang

Diam tidak diam, usia cute panda telah mencecah 4 tahun, sepanjang  4 tahun tersebut panda telah menukar lokasinya sebanyak 3 kali. Seremban, Ipoh dan sekarang di Kuala Lumpur atau kadang kala di Shah Alam. banyak yang berubah sepanjang 4 tahun ini. Dari blog pircisan dan masih sebegitu hingga kini. Dari entri setiap hari, kepada seminggu sekali hinggalah sebulan sekali entrinya melalui kehidupan yang suram. Dalam tempoh itu juga gaya menulisanya makin banyak berubah. Coretan hati yang banyak mendominasi di awalnya telah menjadi travelog yang menjadi panduan dan bacaan bagi yang berminat.


Hari ni telah masuk hari pertama bagi tahun ke 5, jumlah pengunjung telah mencecah 50,000 melalui free hit counter. Layout blog masih tidak berubah, sama seperti di awal pelibatan dulu. Tiada usaha pun ke arah itu. Cukup sekadar yang ada. Dalam keadaan sekarang, masa sangat berharga buat panda. Di usia yang semakin meningkat ditambah pula dengan komitment kerja dan belajar menjadikan dunia ini bergerak sangat pantas. Tanpa disedari semuanya berlalu meninggalkan kita.

Banyak benda yang belum dicapai dan di ingini. Seperti teori ekonomi bahawa keinginan manusia adalah tidak terbatas dengan pendapatan yang terhad. Jadi kena pikirlah sendiri bagaimana untuk memenuhi keperluan ini tanpa mengadaikan maruah dan diri.

Di pagi 13 Ramadhan 1432 ini panda telah mengariskan beberapa perkara yang perlu (?) dicapai bagi tahun-tahun mendatang. Matlamat SMART perlu ada. Keinginan Duniawi panda adalah menamatan sesi program yang panda sertai dalam tempoh 2 tahun, walaupun RAM makin pelahan. Kena upgrade RAM yang ada ini. Kemudian niat suci anda untuk menjadi Doktor sebelum usia 40 tahun (sebelum ini targetnya adalah berumur 32 tahun) dapat dicapai. Itu matlamat untuk 5 tahun atau jangkapanjang.

Matlamat jangka pendek pula adalah memiliki lenses 10-24mm atau 10-20mm (Tidak kira 
Tamron/sigma/nikon) mana yang berkemampuan. Pada masa yang sama , panda inginkan tablet (pilihan utama Ipad2 atau 3 atau 4) untuk urusan belagak dengan orang kampung. Sangat jahat cita-cita ini. Sejak menggunakan apple hati panda sudah bertaut kukuh akan jenama ini. InsyaALLAH jika momentum ekonomi semakin baik semuanya akan tercapai.

Kredit untuk Hans

Bagi kolum travel pula, 2012 tiada komitment dibuat, walaupun anda dapat harga yang agak menarik untuk ke Osaka, Jepun. Tempat yang paling ingin panda kunjungi di timur jauh. Penempatan panda masih tidak menentu sehingga Nov 2011. Masih menunggu keputusan yang tidak boleh di engkari (berdasarkan pekeliling JPA 2011). Setelah tempoh itu barulah panda akan menyusun perjalanan kehidupan pada tahun 2012 (Cateris Paribus). 


Apa-apa pun selamat berjaya buat panda. Semua in adalah harapan yang boleh dirungkai. Tiada komitmen untuk mendapatkannya, supaya panda tidaklah mati berangan jika gagal dalam memenuhi hasrat duniawi ini. Hasrat Ukhrawi, tidaklah dapat panda rungkaikan di sini. Sebagai panduan untuk tahun 5 di dunia blogger ini.... Selagi ada. Amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com