Wednesday, January 20, 2010

Ho chi Minh aka Saigon, Vietnam- 3 days 2 nite

saigon 009

10 januari 2010 (Ahad) Panda dan dua gadis telah selamat menaiki pesawat AK880 ke Ho Chi Minh City, walaupun lewat hampir setengah jam. Penerbangan mengambil masa kira-kira dua jam dan kami selamat tiba jam 10.30 pagi waktu tempatan. Didalam penerbangan, Panda ditempatkan bersama warga Malaysia yeng telah tiga tahun bertugas di sana, banyak maklumat atau cerita yang dikongsi bersama. Ada yang menakutkan dan ada yang menggelikan hati.
New Folder
Kami menaiki teksi dengan membeli kupon di Lapangan Terbang, kadar yang dikenakan adalah USD8/teksi. Jaraknya tidak jauh, tetapi mengambil masa setengah jam ke Bui Vien St, Pham Ngu Loa. Lokasi ini dipilih kerana ia berada dikawasan pelancungan yang popular dikalangan backpackers dan berhampiran dengan pasar Ben Thanh Market yang popular di kalangan warga Malaysia dan pelancung luar. Kami tinggal di Nat Thao Guesthouse, 35/4 Bui Vien Street, District 1. Kadarnya USD17-USD25/nite. Selesa dan bersih.
saigon 219
Selepas checkin jam 12 tengahari, kami terus ke pasar Ben Thanh yang berada kira-kira lima minit perjalanan dari guesthouse. Apa yang ada disini? Pasar ini adalah surga fabarik. Menawarkan pelbagai jenis fabrik dan tenunan. Ramai warga Malaysia yang membeli berkodi-kodi kain. Lain-lain, terdapat hasil kraftangan tempatan, makanan dan juga barangan basah. Pasar ini agak bersih dan teratur.
New Folder1
Ketika bahagian belakang pasar, kami telah dipujuk oleh pembeca dengan menjanjikan kami untuk dibawa ke Hong Kong Market yang lebih murah. Meraka telah menunjukkan testimonial dari pelancung-pelancung asing yang ditulis dalam sebuah buku yang memuji perkhidmatan mereka. Bila ditanya caj yang dikenakan, tengan acuh tidak acuh mereka menyebut 50. Kami ingatkan Don50,000 atau lebih kurang USD4.

New Folder2
Dengan gembiranya kami menaiki beca untuk seorang mengelilingi bandar raya Saigon, kami di bawa keThe war Remnants Museum (Pameran kesan peperangan US/Vietnam), disini juga dipamerkan senjata dan jet-jet perjuang Amerika yang tertinggal ketika perang dahulu, kami melalui mahkamah rakyat, pinggiran Sungai Saigon, Saigon Post Office dan akhirnya ke Saigon Norte-Dame Basilica yang terkenal itu. Kami dibawa kembali ke pasar dan kami di charge USD65 bersamaan RM227.50 untuk 3 jam mengelilingi bandar Saigon. Murah tak (dengan Nada Marah)? Semua telah bengang, kami kembali ke pasar dang menghadkan barangan untuk di beli. Panda tidak membeli apa-apa.


New Folder3
Malamnya, Panda berjalan-jalan bersendirian menikmati kesibukkan bandar Saigon yang setiasa sesak.

Hari 2: 11 Januari 20101 (Isnin) Lawatan ke Delta Mekong dengan kos USD10.
New Folder8
Pakej menggunakan bas berhawa dingin, kumpulan kami seramai 23 orang yang majoritinya dari Malaysia (12), Australia (5), Itali (2), dan lain-lain dari US dan UK. perjalanan yang mengambil masa 2 jam ke Delta Mekong melalui jalan darat, kami sempat singgah ke pusat kraftangan bagi orang-orang kurang upaya. Sebenarnya lebih kepada untuk menumpang tandas. Tiba di Jeti Chuong Duong Tourist kami menaiki bot untuk melawat 4 pulau utama di delta tersebut, iaitu Unicorn Island, Phoenix Island, Dragon Island dan Tortoise Island.


New Folder4
Di Unicorn Island kami dibawa melawat kebun madu (pusat ternakan lebah), kami dihidangkan dengan air madu limau serta makanan ringan yang dibuat daripada madu, kemudian kami ke kebun buah-buahan tidak bermusim. Lokasinya adalah dusun Longan. Kami skali lagi dihidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti ciku, betik, nenas, limau barli dan pisang. Semuanya manis-manis sambil dihiburkan dengan persembahan nyanyian tradisional.
New Folder5
</ p>Setelah didendangkan dengan lagu-lagu rakyat dan menikmati buah-buahan percuma, kami dibawa menaiki sampan menyusuri anak sungai dengan menggunakan sampan. lebih kurang 15 minit kami dibawa ke bot dan terus ke pulau kura-kura untuk melawatperusahaan gula-gula kelapa atau lebih tepat gula-gula santan yang berbau tengik. Sekali lagi kami di jamu. Perut agak lapar, kemudian kami dibawa menaiki kuda untuk menikmati makan tengahari. Menunya nasi putih, sayur rebus dan daging babi goreng. Nasib baik kami bawa bekal sandwish dan maggi in the cup.
New Folder6
Jam 3 petang, kami kembali ke tanah besar dan dibawa ke satu tempat persinggah untuk menurunkan pelancung yang mengambil pakej dua dan tiga hari Delta Mekong. banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Delta Mekong ini.
New Folder7
Jam 5 petang kami sampai ke Saigon dan meneruskan aktiviti shooping nuntuk kali terakhir di pasar. Malamnya kami makan nasi goreng Pakistan berharga 40,000 don ataupun RM10 sepinggan. Tapi kuantitinya boleh dimakan untuk dua orang. Halal punya!
Hari 3- 12 januari 2010 (Selasa)

Hari terakhir, jam 9 pagi waktu tempatan, kami menyertai pakej untuk ke Cu chi Tunnel. Ia adalah jaringan terowong bawah tanah yang digunakan selama 10 tahun semasa perang Vietnam/US 1965-1975. Dimana orang-orang kampung yang menyokong komunis pada waktu itu menggunakan terowong ini untuk meneruskan kehidupan sewaktu diserang oleh US dan tentera kerajaan pada waktu itu. Kos pakej adalah USD5 dan untuk memasuki kawasan terowong di caj 75,000 don (USD4.80) untuk semua lokasi yang disenaraikan. Kami berpeluang memasuki terowong dan menggunakan senjata peninggalan Amerika.


New Folder9
Kami kembali ke Saigon dan tiba pada jam 3 petang, rehat seketika sebelum menaiki pesawat jam 7.40pm waktu tempatan. Kami tiba di LCCT Sepang jam 11.00 malam.


saigon 212
Perhatian buat pelancung yang ingin ke HO chi Minh ataupun Saigon ini, sila gunakan kemudahan yang disediakan yang mempamerkan tanda harga, tawar menawar amatlah digalakan. Bayar dahulu bagi mengelakkan dikenakan sebarang caj tambahan. Perkataan paling popular di sini selepas servis diberikan adalah 'TIPs-Tips'.... Sehinggakan hon motosikal pun berbunyi 'tips-tips'. Terdapat 5 juta motosikal di Saigon City dan penduduknya 9 juta orang. Untuk melintas jalan, kita perlu memandang kesua arah, kerana motosikal boleh datang dari mana-mana arah yang tidak disangka-sangka. Panda sendiri hampir dilanggar motosikal. Beca- tolong jangan percaya kepada mereka, begitu juga motorsikal, bincang harga dan bayar terus. Teksi di sini agak memuaskan dan boleh berurusan terus dengan hotel. Kalun kesian boleh bagi tips. Orang-orang Saigon memang comel dan manis dengan senyuman. Nasib baiklah panda hanya tinggal 3 hari sahaja, jika tidak....

Thursday, January 7, 2010

Michael Jackson & the brides

P1039613

3 januari 2010 (Ahad) jam 3 petang, berlansungnya acara pertunjukkan fesyen pengantin dan Ballet yang di anjurkan oleh The Wedding Station dan City Ballet di Jusco Kinta City, Ipoh.

fesyen show

Pertujukan yang bertemakan Michael Jackson & the Brides dimulakan dengan perarakan replika Lady Gaga dan MJ. Pembuka Acara Lady Gaga menyanyikan lagu-lagu popularnya dan diselangi dengan peragaan baju pengantin Barat. Apabila MJ menyanyi, tiada pula pengantin keluar.

New Folder14

Peragaan juga diserikan lagi dengan persembahan pelajar City Ballet Ipoh, menggunakan tema dari theater Cat yang pernah popular 10 tahun lepas di Malaysia.

Collages5

Menurut pengacara pada petang itu, Wedding Station adalah pusat sehenti terbesar di Ipoh bagi koleksi pakaian pengantin sehinggalah pakej perkahwinan yang meliputi tatagaya, persolekan, katering, foto dan film.

Collages6

Peragaan selama 2 jam memang mengujakan walaupun Panda dan housemate panda sahaja Melayu yang berada didepan pentas untuk mengilatkan bakat mengambil gambar bagi program lansung.

P1039695

Hujung minggu ini (10-12 Januari 2010), IsyaALLAH Panda akan terbang ke Ho Chi Minh City bersama dengan dua teman. Tiket yang telah ditempah setahun yang lalu. Pada 25 Februari 2010 nanti akan ke Loas pula, Panda masih keseorangan, sesiapa yang berminat bolehlah bersama untuk ke Vientine, Loas pada 25-27 Februari 2010.

Monday, January 4, 2010

Penang

PC239388

Sebelum meninggalkan Langkawi pada 22 Disember 2009 (Selasa) jam 11.30 pagi, sempat juga kami mengambil gambar di sekitar Dataran Helang, Kuah. Perjalanan diteruskan ke Pulau Pinang selepas makan tengahari di Warung Keli, Kangar. Dikesempatan ini, sempat juga Panda meninjau UiTM Arau, tempat Panda belajar untuk Pra hingga diploma (Jul95-Okt98). Banyak perubahan berlaku setelah 12 tahun berlalu. Rindu betus suasana belajar dulu.

New Folder12

Kami tiba di Penang sekitar jam 4.30 petang dan terus ke Flaminggo Hotel di Tanjung Bungah, pantainya cantik. diserikan lagi dengan bau-bauan dari anak sungai yang tersekat. Petangnya kami hanya bermundar-mandir sepanjang Pantai dari Hotel hingga ke Masjid yang tidak berapa nak terapung di Tanjung Bungah. Malamnya, Lie Penang pickup kami dan membawa kami makan di Patai Road, Butterworth.

Collages2

23 Dis 2009 (Rabu) kami memulakan jalan-jalan keliling Penang dengan mengunjungi Butterfly Farm di batu feringgi, Cantik Rama-ramanya, selain rama-rama ada juga Iguana, kura-kura dan itik dipamerkan disini. Kemudian kami melalui Taman rekriasi yang ada tasik buatan untuk ke Balik Pulau dan teri ke Kok Lek Si Temple di Ayer Itam.

Collages3

Di tangga naik ke Tample ini banyak gerai yang menyediakan cenderahati yang amat berpatutan harganya. Disini kita dapat melihat panorama bandar Goergetown yang separa. Kira dengan jelas la.

Collages4

Rancangannya selepas lawatan ke Temple, kami ingin ke Bukit bendera, tetapi waktu menunggu melebihi 4 jam, kami memutuskan terus ke Tanjung untuk melihat warisan duni UNESCO, kami meletak kereta di Perangin Mall dan berjalan kaki tanpa menyedari kami telah melalui warisan duni. Sepatutnya setiap bangunan yang disenaraikan sebagai warisan dunia diletakan papan tanda. Pelancung Mat Salleh pun keliru inikan pula orang tempatan. Selepas perkena susu Badam kami kembali ke Hotel untuk rehatkan badan.

New Folder13

24 Dis 2009 (Khamis) sebelum meninggalkan Penang dan melepaskan hajat, sekali lagi kami ke Bukit bendera, kali ini kami hanya perlu emnunggu selama 1 jam 15 minit. Walaupun tiada apa yang menarik dipuncak Bukit Bendara, tetapi udaranya yang sejuk an segar amat menyamankan. Segar ajak...

PC239268

Jam 1 petang, kami berjaya keluar dari Pulau Pinang melalui Jambatan (datang dengan Feri) dan terus ke Ipoh untuk menyelesaikan masalah kewangan Kal. Jam 5 petang terus ke Kuala Lumpur untuk satu malam.
25 Disember 2009 selepas sarapan, Panda menghantar Kal Omar ke LCCT, beliau akan ke Jakarta selama 4 hari. Panda kembali ke Kuala Lumpur untuk aktiviti 'dating' Panda. Sempat juga Panda menghadiri Party Boxing anjuran Jay Mohd di Pantai hill Park (26.12.2009).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com