Thursday, December 31, 2009

Helo 2010~Bye 2009


Cuma Panda hendak ucapkan selamat menyambut tahun 2010. Semoga perjalanan kita yang akan mendatang ini lebih baik...

Wednesday, December 30, 2009

Langkawi 2009- siri 2

PC219035
Tanggal 21.12.2009 (Isnin), selepas bersarapan kami menunggu kehadiran tour pickup di lobi hotel, walaupun dijanjikan jam 0915 tetapi sekitar 1000 pagi baru tiba. Naik berakar juga kami menunggu. Jarak pick up cuma tidak berapa ratus meter sahaja, di sebelah Resort yang kami menginap, iaitu di Lanai beach. kalau Panda tau lebih awal baik Panda berjalan kaki sahaja.
New Folder9
Kami berkongsi bot bersama 7 sekeluarga yang datang dari Kuala Lumpur dan cucunya dari Australia, Keluaga berketurunan Potogis, amat ramah untie tu. Pada mulanya Panda ingatkan melayu kerana fasih bahasanya. Kami telah dibawa ke Pulau Dayang Bunting untu 1 jam 15 minit, kemudian memberi makan burung helang dan akhirnya ke Pulau beras Basah untuk mandi manda selama 1 jam. Selepas kelaparan, kami dibawa pulang melalui jeti di sebelah Porto Malai. Jam 3 petang baru kami tiba di hotel.
New Folder10
Kami bergegas pula ke langkawi Cable Car menggunakan kereta yang disewa dengan kadar RM80 sehari. Proton Wira yang bergegar-gegar bila RPMnya bawah daripada 1.5. Kehadiran pengungjung di Oriental Village langkawi Cable Car amat memberangsangkan. Kami beratur hampir 2 jam untuk menaiki kereta kabel. Keadaan angin yang agak kuat cukup mengerunkan.
PC219095
Setelah hampir sejam dipuncak Gunung Mat Chincang kami kembali ketanah rata untuk menikmati rojak buah dan Pasambor di pantai Kok bersebelahan Perdana Habour di telaga Habour.
PC219117
Perjalanan di teruskan ke utara Pulau dengan harapan untuk ke Datai, kami cuma tiba di pintu masuk Datai dan kembali kelandasan yang benar. Sempat juga singgah di Pantai batu Hitam, Pantai Pasir Tengkorak (lagi pics di flick.com) dan meneruskan perjalanan hingga kampung Awa dan ke Pekan Kuah untuk singgah membeli cokolat di Langkawi Mall. Disini sempat juga kami menikmati Oblong (Prosperity Burger jenama Malaysia). memang sejibik rasanya. bahkan lebih malaysian...
New Folder11
Masih banyak tempat lagi belum Panda kunjungi di Langkawi walaupun ini kali ke dua Panda disini. Harapannya Panda kan datang lagi. Next entry perjalanan Panda ke Pulau Mutiara pula...

Tuesday, December 29, 2009

Langkawi 2009

PC229141
Panda mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu (4 hari) dengana alasan mengurangi cuti tahun yang perlu dibawa ke tahun hadapan. Cuti tahun ini masih berbaki 24 hari. Tahun hadapan dapat lagi tambahan 30 hari. Kali ini Panda bersama-sama rakan dari Brunei akan mengunjungi Utara Tanah Semenanjung Malaysia.
999OLYMP
Brunei tiba di Ipoh pada jam 17.45 di stesen Keretapi Ipoh. Sebelum itu sempat juga Panda menghadiri majlis pertunangan sahabat Panda, sekadar menjadi jurugambar amatur sahaja. Picsnya tidak dapat disiarkan disini kerana belum mendapat perkenan dari tuan punya diri. Sempatlah juga panda mengambil pics disekitar station tersebut. Banyak aktiviti diwaktu petang rupanya di situ....
Collages1
Panda memulakan perjalanan tepat jam 0830 (20.12.2009-Ahad) dari Jalan Ashby Ipoh menuju ke Kuala Perlis menggunakan lebuhraya PLUS dengan perjalanan hampir 300km. Tiba di Beseri, Perlis jam 1130 untuk mengambil tiket feri dari En Halid, agak sukar untuk mendapatkan kemudahan feri ketika musim cuti sekolah ini. Kemuadian kami makan tengahari di Keli corner Kangar. Kami menaiki feri jam 1430 petang dan tiba di jeti Langkawi 1 jam kemudian. Keadaan di jeti sangat sesak. Semua harga perkhidmatan agak tinggi termasuklah untuk menyewa kereta. Kami mengambil keputusan untuk menaiki taxi ke Pantai Chenang dengan kos RM24.
New Folder8
Petangnya, kami berjalan-jalan di sekitar Pantai Chenang sehingga ke Waterworld Langkawi, di sekitar Pantai Chenang terdapat banyak gerai-gerai kecil yang menawarkan harga pakej pelancungan berpatutan. Kami memilih untuk mengunjungi Pulau Dayang Bunting, memberi Helang makan (eagle feeding), dan Pulau Beras Basah kosnya sekitar RM35/head (kena pandai tawar menawar) untuk 4 jam perjalanan.

Thursday, December 17, 2009

Dari Kerian ke Lengong....

PC158313

Sepanjang hujung minggu yang tiada aktiviti menarik untuk dilaporkan, hanya berenang-renag ditepian di kolam renang Stadium Ipoh. Pada 15.12.2009 (Selasa) Panda sempat mencuri peluang untuk mengadakan susulan keatas pelanggan-pelanggan yang bermasalah. Bukannya disebabkan oleh kemelesetan ekonomi, tetapi disebabkan bencana ataupun projek tidak berdaya maju. Halatujunya adalh daerah Kerian dan daerah kecil Lengong. Perjalanan dimulakan pada jam 7.30 pagi.

New Folder5

Destinasi pertama adalah Parit Buntar, Kerian, kemudian ke Tanjung Piadang, Kuala Kurau dan Sungai Kerpal. Suasana sangat mengasyikan, di tanjung Piadang, Padinya telah mula menguning. Sungai kelpal, baru sahaja menyemai benih. Penuh kehijauan, sejuk mata memandang...

New Folder6

Dari Kerian, kami meneruskan perjalanan ke Lengong, cuma sekadar di tasek Raban, melawat sangkar ikan yang tinggal puing-puingnya sahaja akibat banjir besar yang berlaku. Kesian atau rasa geram pun ada, Bukan kepada pelanggan tetapi kepada pegawai penilai projek.

New Folder6

Tasiknya telah dipenuhi oleh rumpai air yang menghijau. Cantik tetapi tidak bagus untuk ternakan tasek. Banyak tercemar agaknya. Maklumlah pokok getah sekeliling tasik. Sempat juga semasa di Parit Buntar makan nasi lemak kuning depan panggung Capitol lama, cubalah. Picnya tidak berapa menarik untuk dimasukan disini. tengaharinya Panda sempat menjamu selera di Restoren Tasek Raban. Kalu dari Kuala Kangsar, tidak jauh dari trafik light yang pertama dari tasik Raban. Sebelan kanan. Dapat menikmati ikan tasik yang dibakar bersama ulam-ulaman kampung yang unik.

PC158342

InsyaALlAH, bermula 20-27.11.2009 Panda akan mengunjungi wilayah utara, Langkawi (20-21.12.2009) Penang (22-23.12.2009) Kuala Lumpur (24.12.2009) bersama-sama dengan rakan dari Brunei.

PC158406

AlhamdulLILLAH, didalam keadaan gelora di Opis, biarlah Panda melarikan diri seketika. Biarkan orang yang berkuasa dengan kuasanya sehingga tersungkur. Sekurang-kurangnya kurang lah sakit hati. Nanti masuk ICU pula, seperti pengarah-pengarah yang berada di ibu pejabat:-).

Monday, December 7, 2009

Ar'bain & Hartini @ Kuala Selangor dan PC Fair Kuala Lumpur

PC058105

Aktiviti sepanjang akhir minggu pertama Disember 2009 agak padat. Walaupun pejabat menganjurkan lawatan ke Perlis, Panda tidak dapat untuk bersama-sama emnyertainya kerana komitmet dengan x-roomate selama 3 tahun ketika di Institut teknologi MARA Cawangan perlis di Arau (DBS-1996-1998). Selepas tamat waktu kerja 04.12.2009 (Jumaat) Panda terus bergegas ke Kuala Lumpur, Cadangnya akan bersama rakan di Cheras pada malam itu. Malang 1000 kali malang, berjangut Panda menunggu (lebih 4 jam) orang yang ditunggu tidak muncul-muncul. Jam 11pm Panda terpaksa balik ke Wangsamaju untuk tumpang beradu. Baik punyer kawan...

New Folder2

05.12.2009 (Ahad) jam 8.30am bergerak dari Wangsamaju ke Cheras (lagi?) dan terus bergerak ke Kuala Selangor. Pada mulanya akan berkumpul di Shah Alam, tetapi rerakan lain ini pergi lewat, Jadi Panda berdua terus ke Kuala Selngor dengan singgah sebentar di Pekan Kapar untuk sarapan. Sempat Panda menrasa roti salad.

New Folder3

Sampai di Kuala Selangor sekitar jam 10.30am. Panda tidak sempat untuk menghadiri akad nikah Bain, kerana Panda tidak tau alamat rumah pengantin. Kesempatan ini Panda menaiki trem ke puncak Bukit Melawati yang terkenal dengan rumah apinya dan siamang yang comel(?).

bain

Siamang di sini amat jinak selepas diumpan dengan kacang tanah atau kacang hijau. Haiwan ini tidaklah se aggressive kera di Batu Caves ataupun taman Botanical Pulau Penang.

New Folder4

jam 12.30pm, Panda telah mendapat direction ke rumah pengantin. Dengan itu dapatlah Panda makan nasi minyak x-roomate. Kenduri ini disebelah pengantin perempuan, sambut menantunya akan diadakan di Sri belahan, tampok, Rengit Johor pada 12.12.2009, tetapi Panda tidak dapat hadir kerana kesibukan sendiri...

bain1

Selesai bergambar, kami terus ke ke PC Fair di Kuala Lumpur Convention Centre. jauh gak Kuala Selangor ini. Sempat juga Panda merai kemeriahan PC Fair ini dan Panda secara sengaja atau tidak (ala-ala lupa diri) telah meng-swipe kad kredit untuk eksesori camera olympus E510. Setakat ini, pembelanjaan untuk camera dah boleh buat belanja kawin. hasilnya tidak la seberapa, cuma kepuasan diri (?) jer...

bain2

Inilah hasilnya, Panda tidaklah mengedit gambar-gambar yang panda ambil, maximum hanya menggunakan picasa untuk meng-anhance kan sahaja. Panda tidak berkemahiran menggunakan adopt dan yang penting Panda sukakan originaliti... banyak benda yang perlu belajar, tapi masih malas belajar...

Friday, December 4, 2009

Qurban 2009

PB277666

24.11.2009 (Selasa) Selepas waktu pejabat terus Panda ke Kuala Lumpur bagi meneruskan perjalanan 1029km untuk balik ke kampung di Kuala Rompin. Panda sempat bermalam di Wangsa Maju dan paginya terus ke Kuala Rompin. Sempat singgah di Bandar Seri Jempol untuk menikmati makan tengahari bersama saudara Azar dan Fadhil. Tiba di Kuala Rompin lewat petang 25.11.2009 (Rabu).

PB277694

Seperti biasa bila balik ke Kampung, Panda akan menghabiskan masa dengan ber hibernasi sepanjang hari tetapi tidak dilupakan untuk makan. Khamisnya sempat juga belajar momotong daging ayam untuk dibuat satay. Kali pertama buat satay sendiri bersama adik beradik yang lain.

PB277724

Aktiviti bertambah meriah dengan kehadiran kesemua ahli keluarga termasuk anak menantu dan cucu-cucu berjumlah 24 orang. Ditambah pula kehadiran 2 keluarga sepupu dari Terengganu. Hingga tidak cukup lantai untuk dijadikan tempat tidur. Lebih meriah walaupun tiada aktiviti korban di kampung.

PB277736

Petang hari raya, membawa anak-anak yang berbuah dan tidak ke Pantai Hiburan Kuala Rompin. Amat meriah walaupun dihari raya. Monsun telah bertiup dan keadaan pantai yang berombak besar menghalang untuk aktiviti mandi manda.

Collages

28.11.2009 (Sabtu) Panda bergegas untuk kembali ke Ipoh, tetapi sempat makan tengahari lewat petang di The Curve Damansara, singgah makan kononnya. Jam 5 petang terus bergerak ke Ipoh. 29.11.2009, aktiviti menyapu lantai kerana pada esoknya 30.11.2009 akan diadakan majlis Qurban yang di sponsor oleh Opismate. Kuarters telah dijadikan host. Maka pada 30.11.2009 (Isnin) bertungkuslumuslah kami menjdikan dari seekor lembu kepada berpuluh-puluh jenis lauk pauk (setelah dibawa balik ke rumah masing-masing).

Petang ini (04.12.2009-Jumaat) akan akan ke Kuala Lumpur lagi. Esok ada majlis pernikahan exroomate Panda masa belajar di ITM Cawangan Perlis dulu (1995-1998) di Kuala Selangor. Semoga berbahagia kepada:

Arbain & Hartini

05.12.2009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com