Monday, April 27, 2009

Patung Kertas 2 V/s Meeting aku

My creation

Setelah sehari memasuki opis, Panda perlu kembali ke Kuala Lumpur bagi menyertai mesyuarat peringkat penyelaras negeri di ibupejabat. Perjalanan bermula 22 April 2008 selepas solat zohor, kira-kira jam 2 petang dan selamat tiba di hotel Plaza Jalan Raja Laut 2 jam 30 minit. Biasa sekiranya ke Kuala Lumpur mau 3 jam baru sampai. Penat juga drive lelama ni. naik kembang pungkok duduk lelama. Panda hanya di bilik hotel berehat sehingga Odah datang pickup ajak diner. Lama betul tak jumpa Odah, Last time masa majlis berbuka puasa tahun lepas. Tapi Takder la nak abik pics ngan Odah walaupun bawa camera.


23 April 2009, seharian bermesyuarat di Ibu pejabat. Satu keseronotkan bermesyuarat kat opis ni adalah waktunya terhad dan tak melibatkan waktu malam. Kalau mesyuarat kat Hotel... dari subuh shapiee sampailah dinihari pun belum tentu habis. Ini abis waktu opis boleh siap pergi SOGO dan kawasan sekitar.
P4230040 P4230073
P4230076


Pada malam yang sama, Odah dapat tiket teater Patung Kertas 2 yang di pentaskan di MATIC, ni kira persembahan untuk media dan malam tu ramailah wartawan yang sealiran dengan cerita itu ada di MATIC. Ceritanya ala-2 Ok, dan tak ramai yang kata ceritanya best...banyak part yang membosankan dan tak perlu. Bagi Panda yang seronotnya bila buat program Paper Dolls diakhir cerita.... APA-apahal bolehlah nonton nya kalau ada kesempatan 1 May ini. Sempat juga Panda jumpa junior cum student masa Panda mengajar dulu. Apa-apa hal, Thanks Odah tuk temahkan 2 hari:-P

Hari ke 3 Jumaat 24.04.2009 lawatan ke Komplek Industri di Batu Caves, jadual program dijangka samapai lewat petang, Tengahari balik ke Ibu pejabat dan Panda sempat singgah ke Pameran buku dan membeli beberapa buku yang entah bila boleh dibaca...


malamnya pula sempat dating dengan Norli, layan movie Queen of Langkasuka, Ceritanya mengisahkan keratuan Langkasuka, walhakl ceritanya bukan kisah Kedah, tetapi lebih merujuk kepada pemerintahan Acheh dibawah Ratu Hijau. Dari segi penceritaan, memang ala-ala dogeng walaupun berdasarkan kisah benar. Tapi teknik CGI nya memang boleh dibanggakan, dan lebih membanggakan cerita itu mengisahkan kesultanan Melayu di Nusantara.... Jadi kena nonton sendiri lah.

Tuesday, April 21, 2009

Minggu yang panjang..

P4100085

Dah seminggu Panda tak update apa-apa kat blog ini. Jika dibiarkan berlarutan, maka lama kelamaan akan meninggalkan terus dunia blog yang makin hambar ini. Kalau tak dibajainya.... makan bekuburlah ia...
10.04.2009 (Jumaat) setelah seharian bermesyuarat berkaitan program Q peringkat jabatan, kami dikunjungi rakan lama yang bertukar ke Sepang dan exopismate masa di seremban. 2CT, malam tu, kitaorang pow mak cik yang hujung makan steak kat Nasmeer. Sabtunya, aku lak kena pow kat kenny rogers di Jusco dan mee Kari di Selibin. Makan jer seharian. Bila time petang dan Ahad...kembali bersendirian...

P4130146

Isnin (13.04.2009) selepas sebahagian paginya di opis, Panda memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur unuk menghadiri temuduga biasiswa penuh bagi program Top Executive di Top Universiti. Panda Pilih untuk bermalam di Tune Hotel, sekadar ingin mencuba, chargenya RM109++/nite. agak mahal bagi Panda, sebab tak ada TV, tetapi Panda sukakan tilamnya yang best dan showernya yang besar. Biliknya sangat sempit. KL hujan sepanjang hari...

P4130154

Sempat juga ke KLCC selepas hujan

Interview pada selasa 14.03.2009 tidak berapa menarik pakejnya. Mungkin Panda bimbang akan kehilangan seniority dan macam-macam perkara lagi. So i can said that... Its Su*k!! Panda la yang teruk, bukan diorang.... Buat Phd sendiri la, lagi mudah....
Satu keseronokkan turun Kl, ramai lak kawan-kawan lama yang bisa ketemu, begitu juga kawan baru. Tak sangka berkesempatan jumpa Ank Pekan yang ada mesyuarat di bangunan Pertama. Thanks for the lunch sebelum aku meneruskan perjalanan ke Dungun Terengganu.

My creation

Tiba di Dungun, Azan Isyak mula berkumandang, perjalanan yang agak panjang. 6 jam dari KL dan sempat singgah di Paka bertemu Kamarin untuk dinner. Malam ini adalah malam ke 2 bagi tahlil arwah, upacaranya di rumah... Ramai sanak saudara dan sepupu sepapah yang hadir dan ramai juga yang pulang ke rumah masing-masing pada malam itu...

My creation

Hari ke tiga tahlil Arwah, just makan roti canai yang kuahnya dibuat sendiri, tapi programnya bermula dari pagi. Pagi2 lagi Panda dah ke Pasar Dungun, petang bergotong royong memasak beranika makanan petang, siap ada lempeng lengang, lempeng nyior, putu mayam kuah manis, kari lembu, kari daging. Balik Dungun memang meriah, masak apa pun akan habis. Roti canai 210 biji habis dalam masa satu jam, begitu juga kari kambing dan lembu.... Tak terasa ada kematian walaupun bila semuanya selesai barulah timbul cerita-cerita menyayat hati....

P4160287

Malam Ahad (12.04.2009) terima sms dari adik, Mak Long sakit tenat dan janjiku Selasa petang lepas temuduga akan terus balik ke Dungun Terengganu. Pagi Isnin (13.04.2009) Mak Su Call, Mak Long dah di keluarkan dari hospital, bukan kerana makin pulih tetapi tidak dapat dipulihkan... 10.30 adik telefon, MakLong dah pulang ke RahmahtuLLAH, jam 11 Fifi call, EX-chuping (Xcoursemate masa di Arau) meninggal, accident di Rawang dan mendapat liputan penuh diakhbar-akhbar utama pada 14.04.2009. Kemalangan bas express yang melibatkan kematian 6 nyawa.... Ex baru jer berkawin sebulan lepas...

Bagi Panda, sekiranya tiada di depan mata, Tak terasa apa-apa, tetapi bila kembali ke kamung, terasa aja Mak Long masih ada di depan mata, Panda tinggal bersama beliau sejak akhir 1998
sehingga awal 2004. Selalu mendengar bliau berleter ke anak cucu yang tak berapa nak mendengar kata. Masih terbayang Mak Long di tepi tingkap memerhatikan Panda dan Maksu menjaga kedai.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang yang solleh.... Al Fatihah....

My creation

Khamis 16.04.2009, panda dan mak balik ke Rompin, sempat 2 malam di rompin dan Sabtunya Panda memulakan perjalanan balik ke Ipoh. Sempat semalam di Putrajaya. Ahad petang baru panda tiba di Ipoh. Hari ini dapat email (setelah seminggu tidak online) Ada meeting di HQ pada khamis dan Jumaat, So, Panda tak boleh hadiri mesyuarat pengurusan peringkat negeri. Penat juga dok travel jejauh ni...

Cuma tekad Panda, lepas ini nak lebih kerap balik kampung bagi bersama orang tua... berbakti ketika ada. Panda tak nak ralat bila mereka sudah tiada lagi..

Sunday, April 12, 2009

Bukit Gantang P059-Kuala Terung/Matang

P4020674

Ini kali ke dua Panda menulis buat entry ini, yang sebelum ini semuanya hilang sebelum disimpan diruang siber ini. Kali ini, bukanlah kisah pilihanraya lagi, walaupun kejadian ini berlaku semasa tempoh berkempen pada 2 April 2009 (Khamis) yang lalu. Melawat projek katakan. Ini antara projek pertanian yang terakhir akan dilawati oleh Panda kerana agensi kami telah menangguhkan pembiayaan keatas projek pertanian sejak 18 Februari yang lalu. Bukan kerana kegawatan ekonomi, tetapi tabungnya telah habis kekeringan. Rezeki Pak Cik ni lah kerana menerima pembiayaan antara yang terakhir pada bulan februari yang lalu. Jadi tujuan kami adalah melihat samada pembiayaan itu digunakan ke tempat sepatutnya atau tidak.

My creation

Lokasi projek adalah di Kuala Matang, daerah Matang. Lokasi pertemuan adalah Kuala Terung. Kawasan yang amat sunyi, Ekonomi utama kawasan ini adalah nelayan bot kecil dan perusahaan arang bakau. Bila tiba di Kuala Terung, anda akan terhidu bau Arang Bakau yang harum dan mempersonakan. Perjalanan kami menggunakan bot laju memakan masa lebih kurang 45 minitke lokasi sangkar ikan yang diusahakan oleh pengusaha.

My creation

Disini terdapat banyak bot-bot kecil fiber dan kayu yang diusahakan oleh orang tempatan sebagai nelayan sungai. Kegiatan utama menggunakan bubu sembilang dan beto ketam. Sempat juga menyaksikan orang menangguk kerang.

My creation

Walaupun tujuan kami hanya untuk melihat projek tersebut, tetapi kami terpaksa bersama-sama menyaksikan pengusaha menyiapkan sangkar-sangkar ikan. Kami berada di tengah-tengah Sungai Matang seharian. Nasib baiklah ada disediakan nasi lemak dan jely kelapa sebagai alas perut sepanjang hari. Setelah tiga kali hujan dan ribut, jam 5.30 petang barulah kami berangkat pulang bersama bot besar (kayu) kerana hujan lebat, mengambil masa lebih satu jam untuk kembali ke Kuala Terung.

P4020758

Kami tiba jam 6.45pm ke Jeti, sempat melalui kilang Arang kayu bakau yang terkenal dengan mutunya yang tinggi. banyak pepohon bakau yang ditebang....

Hari ini (12.04.2009) Keputusan pilihan raya sudah diketahui, begitu juga malam ini keputusan Anugerah Bintang Popular (ABP2008) juga telah diketahui, Nabil dah menang. Perdana Menteri baru pun dah tau, begitu juga barisan kabinetnya. Kementerian dimana agensi kami bernaung pun dah dilupuskan. Pada awalnya terpinga-2 juga, walaupun meraikan pengistiharan perginya mantan menteri kami ke Kementerian lain. Tapi dimana dan siapa pula menteri baru kami... Akhirnya, seperti sirih pulang ke ganggang... Kami kembali ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah...

Isnin (13.04.2009) Panda akan ke KL untuk menghadiri satu temuduga biasiswa sambung belajar, satu benda pun tak sedia lagi, hati masih confius...Betul ker aku nak belajar lagi ni?

Monday, April 6, 2009

Bukit Gantang P059 lagik?

P4050002

Jalan di Sekitar Bukit Gantang Jem Teruk...

Jumaat 03.04.2009 sekali lagi Panda diarahkan untuk ke Parlimen Bukit Gantang, kali ini ke Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor, Matang. Panda dikehendaki memberi taklimat atau sebagai panel kemudahan pembangunan Usahawan dan Pembiayaan bersama-sama dua agensi lain iaitu TEKUN dan SKM.

05.04.2009 (Ahad) Jam 10 am, panggilan bertalu-talu diterima, kali ini ada tambahan tugas iaitu menyediakan booth pameran untuk program tersebut, tapi kali ini dari rakan seopis. Petang semalam 04.04.2009 (Sabtu) ada juga pegawai INSKEN memaklumkan kepada Panda untuk meyediakan booth pameran, memandangkan Panda berada diluar kawasan, Tak dapek la nak nolong... Lagipun Panda bZZ denagn gadget baru... Olympus u1050 (yang boleh masuk dalam air tuw) di PC Fair Stadium Indera Mulia, Ipoh.

P4050009

Panda tiba di lokasi setelah sesat beberapa kali sekitar jam 12pm, Slot untuk Panda dan rakan adalah jam 2.30pm, dan pertama kalinya program bersama menteri yang ini awal tibanya, biasa 2 jam lewat. Tetapi kali ini beliau sampai jam 4.00pm. Jadi Panda hanya boleh bagi talk 15 minit sahaja walaupun preparationnya dah dibuat beberapa hari. Panda lagi suker gitew.

My creation

Sedang menunggu ketibaan Menteri...

My creation

Dia datang.... dan pergi...

P4050039
Mendapat habuan masing-masing di atas kesabaran menunggu...

P4050058

mee udang lagi.

Program habis agak lewat petang, memandangkan jalan masih sesak, Bos ajak makan mee udang Kuala Sepetang. Kami memilih satu gerai yang dipenuhi manusia, gerai-gerai lain dah tutup sebab udang dah habis. Rezeki datang 40 tahun sekali... Jadi pulun la bebetul. Harga mee udang ini RM10 sepingan, adalah dalam 8 ekor udangnya. Harganya mahal sebab menggunakan udang laut, sekiranya udang kolam, harganya cuma RM6. Rasanya? Takder la sedap sangat.... bagi nafsu Panda ini....

Ini lah pic yang terhasil dari Olympus u1050, tak cantik picnyer... Cuma untuk penggunaan di dalam air bila ke Langkawi dan Pulau Kapas dalam bulan April ini. Esok 07.04.2009 (Selasa) akn berlangsungnya piliharaya kecil abgi dua bukit dan satu batang.... kita tungguuuuu....

Saturday, April 4, 2009

Bukit Gantang P. 059

P3290367

29.03.2009 (Ahad) kami telah diarahkan beramai-ramai untuk berkampung di Changkat jering, katanya ada program kementerian 'MECD bersama pelangan'. Rupa-rupanya hari ini adalah hari pernamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan 2 tempat lain di Kedah dan Sarawak. Program yang persedaiaan dibuat dalam tempoh 4 hari. Hebat tak kami melaksanakan program adhoc... Tapi Panda bertugas sebagai penjaga booth agensi Panda jer....

Sebaik melepasi RnR Dataran Sungai perak, tetiba ada kesesakan jalan raya, Panda ingat polis buat roadblock bagi menyekat kehadiran orang ramai di Bukit gantang. Rupa-rupanya ada lori terbakar.

P3290372Align Center
Abang polis kepanasan berhampiran dengan mangsa terbakar itu

Akhirnya setelah hampair satu jam 1/2 di jalan raya dan lebuh raya, Panda sampai juga di persimpangan Changkat Jering yang letaknya di dalam Parlimen Bukit Gantang, daerah Matang. Sekiranya anda ke Perak, tidak ada daerah Taiping , kerana Taiping adalah pusat pentadbiran bagi 3 daerah kecil, iaitu Larut, Matang dan Selama yang disatukan. Jalan raya agak meriah dengan kenderaan dan juga bendera-bendera dari parti yang bertanding. Tapi bukan tempat kami mengadakan program yerk....

My creation

Menteri MECD tiba jam 5.30pm, lewat 7 jam dari waktu yang dijanjikan (?). panda pun tak tau scedulenya. Cuma kami diarahkan menunggu disitu sehingga menteri yang baru menang jawatan MT dengan bilangan kedua tertinggi undian. Cuaca di Taiping memang tidak menentu, Petangnay 2-3 kali huja, lebat pula tuw...

Menteri datang dengan kepanasan walaupun baru lepas hujan. Jadi kami semua dibambu dengan hebatnya... Jadi balch-balach yang nak menyedapkan hati Beliau telah mencadangkan program penutup pada malam esok walaupun tiada dalam jadual ataupun bujet. Maka pegawai kat situ pening kepala nak dapatkan crowd dalam 300 orang.

Apa-apapun, lepas solat magrib kitaorang cabut untuk menikmati mee udang yang terkenal di daerah ini sementara lain-lain kerja pemasangan khemah dilakukan oleh event manager ditengah-tengah ribut dan hujan. Panda pun memandu dengan amat pelahan akibat hujan yang berterusan sehingga ke Ipoh.

P3300493
Timbalan menteri (Kanan)

My creation

Seperti biasa, Menteri agak ceria apabila tiba pada malam kedua iaitu pada 30.03.2009 dengan kehadiran orang ramai yang memenuhi khemah perasmian dan juga sepanjang jalan di tepi simpang Changkat Jering itu. Maka ucapan demi ucapan bermula dari KSU MECD, kemudian Pengerusi MPUD, ADUN, Menteri Besar Baru Perak dan terakhir Menteri MECD sendiri. Ucapan-ucapan yang penuh semangat bagi membantu calon yang bertanding dengan kepenting memilih orang tempatan sebagi ahli parlimen. Isu-isu sekitar dan negeri juga dijelaskan dengan detail oleh Menteri besar bersama isu berebut mic anatara menteri besar baru dan lama di masjid ada malam sebelumnya. terkedu Panda mendengar semua itu....

P3300605

Acara yang ditunggu-tunggu oleh hadirin dan hadirat sekalian, Acara membahagikan cek-cek bagi pembiayaan TEKUN, SKM, PNS dan segala macam agensi di bawah MECD. Agensi tempat pada kerja dan abis bujet, takder apa nak dibagi.... Program tamat jam 12 malam +++ dan Panda sampai di rumah jam 2am. Sok masuk kerja sebab ada meeting ketua unit dipagi-pagi hari... penatnya...

Banyak lagi acara yang Panda kena hadiri sepanjang tempoh berkempen sehingga 07.04.2009 bagi membantu parti memerintah berkempen. nak buat camno..dah diarahkan macam tuw...

P3290478

P3290483

Promo- Sekiranya tuan-puan nak makan mee udang tapi tak berkesempatan ke Kuala Sepetang, bolehlah menikmati mee udang di Cawangan Nur Zetty dekat dengan simpang hiway Changkat Jering. Sekiranya masuk dari hiway Changkat jerig, susur ke kiri dan terus rapat kanan. tak sampai 100 meter dari trafic lihgt. Kedainya masuk ke dalam kampung tetapi ada signboard di tepi jalan itu. Ramai penggunjungnya, dan tempoh menunggunya agak panjang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com