Tuesday, April 29, 2008

im back....

Selepas berehat lebih 10 hari dari www, akhirnya dapat kembali mengadap PC... mlm ni takder pics, sbb xsempat nak upload lg... bayak perlu di touchup lagi... selepas 9 hari di Indonesia dengan 4 bandarayanya. Bermula dari Jakarta, Bandung, Jojga dan Solo... Balik terus mengadirkan diri ke HQ tuk balance-kan akaun yang Xbalance... hehehe, nanti sambung k...

Friday, April 18, 2008

My New Handphone Number

Asm...
Nak bagitu kat kawan-kawan no h/p dah tukar.... jadi anada boleh kontek kat no no:

012-2*****9
Depan jer tukar, 6 angka belakang masih sama...
So, next week di luar lokasi, jadi InsyaALLAH xonline sehingga 28.04.2008

INterview ngan natang....

Just take rest, xsempat nak masuk entry baru..jd something dr email aku yang boleh di kongsi bersama..agak stress dejak akhir2 ini.. kecik skit jadi kena la anda tekan pics tu klu nak baca detailnyer...





*Aku tak tau sourcenya menda ni, cuma boleh quate dari email yang diforwardkan, klu terlanggar aktahakcipta n mesin cetak.. aku minta maaf la yer, nanti permit bloger ni lak kena banned:-P

banyak benda yang tak menarik berlaku...dan aku pun mula mengenal diri..menda2 yang aku tak suka kat orang lain mula dah masuk dalam diri...ala2 paku dulang paku serpih gitur...

Pengalaman tengok pompuan betikam lidah pun aku naik gerun kat sini..amat menakutkan....


Nak ngata buruk pun xleh gak...sebab sema berkaitan ngan perangai manusia. dah memang aku camni nak buek camno.... dan aku pun bukan jenis xleh berubah, cuma xnak berubah. Sory yerk klu yang terasa hati tur, i hope xperlu la nak jadi giler atau bunuh diri... just be happy, life still go on.. banyak lagi kumbang2 atau bunga -bunga kat luar tur....



Anyway, im will be out of opis for 10 days... and if im back safely, there will alot of ... to be publish in thz BLOG...

Indonesia, here i come....!



(Diorang datang keje kat Malaysia, aku g abiskan duit kat sana...OK X?)

Monday, April 14, 2008

Kuala Kangsar, Selama, Kerian dan Kg Gajah

12.04.2008 (Saturday)-Bertugas untuk pemilihan Anugerah Belia Negeri Perak, Anjuran Jabatan Belia Perak...agak emergency tapi takper la, aku pun dah lama xmenyertai program khidmat sosial sebegiani, boleh lah pergi beyond the horizon, tapi masih dalam ruang lingkup enterpreneur lagi.... walhal pada asalnya aku hanya mengantikan orang jer....

Kuala Kangsar, Istana Kenagan-semantara menunggu calon pick kami, singgah sebentar, sempat la abik pics kat sini. masihbelum dapat aku menjejakkan kaki ke dalam istana ini, since aku pernah ke sini pada 2005 yang lain. waku tu baru jer diubahsuai, till hari ini (ketika ditulis) masih belum di buka....
Ini adalah syarikat yang kami melawat.... buat produk makanan dari ikan....


Selama-

Ini Kampung Gajah, Ternak ayam gak, sama ngan usahawan dari Selama tadi.... tapi malas la nak promote reban ayamnyer...
Reban ayam menggunakan sistem tertutup. Pendapatan mereka pun agak lumayan. lebih dari pendapatan pena hakim yang tak berapa arif lagi bijaksana (teringat skrip lazim bila masuk pertandingan bahasa zaman sekolah dulu)

Kerian-kawasan yang kami lawati.... rumahnya ataw perusahaanya di tengah swah padi... Bestnya, aman dan terteram...

Kekadang best gak dapat ke desa-desa yang terpencil... untuk sehari boleh lah..lebih dari tur, payah la skit..almaklumlah (dah lama aku xgunakan perkataan ni) dah dok kat bandaraya Ipoh ini... Negeri yang aman makmur dengan kerajaan campuran nya....

Thursday, April 10, 2008

Puncak & Tasik Banding, Hulu Perak

8.04.2008 (Tuesday) - Sempat aku buat susullan ke hulu Perak ni, daerah yang aku cover kali ni Lengong dan Grik ataupun senang Hulu Perak la, jam 7am dah bertolak dari Ipoh... Sampai jam 8.30 kat Lengong, melalui lebuhraya PLUS ke Kuala Kangsar dan terus ke Lengng, dalam 40km dari KK. dan terus juga ke Grik. Pegawai kat sana cadangkan melawat Tasik Banding, perusahaan bot pelancung kat sana, tunggu punya tunggu, pen boatnya mintak jumpe kul 1pm, jd sambil minum air soya yang best ni (seperti gambar sebenar di bawah) kat tepi tasik Banding tur... Oleh kerana masa masih ada, jadi pegawai tesebut cadangkan kami ke punck, katanya puncak tertiggi di lebuhraya timur barat ni, tak jauh dari tasik banding.... ada restoran kat sini, dan viewnye memang ala2 best gitur...walaupu jam 12.30pm, masih sejuk ala2 cameron gitur..

View dari puncak Titiwangsa... dan inilah puncak tertinggi, terdapat menara komunikasi di atasnya....
Sempat posing gitur... walaupun mentari mula menyengat... ala2 tan la jadinya bila abis program.... Klu bos baca, ni bukan ponteng, nak tgk potensi kawasan ni...mana tau boleh bantu per yang patut tuk majukan usahawan..
Balik ke tasik Banding, samil tunggu kat restoren terapungnya, sempat tengok anak ikan kaloi bermain-main kat tepi jati, banyak, tp xbawak lenses zoom jauh....jadi xler jelas sangat....
Dapat naik boat:-P dia ni anatara pengusaha bot kat sini la.. bawak kitaorg jumper kustomer nun di dalam sana...
View dari rumah rakit d kejauhan tasik sana....
Ni jambatan yang merentangi Tasik Banding di anatra pulau banding dan tanah daratan... Ini adalah tasik buatan yerk..jadi airnya ala2 hijau gitu...




Rupanya bateri camera aku nak abis, jadi banyak la pics menarik terpaksa aku lepaskan, next pos akan aku entrykan chalet2 yang ada di kawasan itu... dan maklumat yang boleh di dapati dan untuk dihubungi..Entry ni untuk melelehkan air liur bruang madu jer:-P

Monday, April 7, 2008

Stesen Keretapi IPOH

30.03.2008 Ipoh, malam anugerah Bintang Popular, aku ataupun tempat whitecofee...
Jadi lepas tur sempat gak ke stesen keetapi ipoh yang famous tur, memang unik bangunan ni... baru lepas renovate untuk digunakan sebagai stesen komuter akhir tahun ni.... (dah terbawak camera, jadi on la..)Pemadangan depan, kat taman depan tur... hari lepas hujan, dan tak ramai, next train pun jam 10.30pm, orang kata banyak kupu-kupu kat sini, tapi xder lak aku nampak kupu-kupu berterbangan kat sini.. kemana agaknya lepas-lepas hujan ini:-P
Koridor yang baru di cat.... Sunyi dan suram.. ala-ala berhanu gitur..takder lah, gurau jer....





Ini adalah tambahan untuk komuter... kekadang terpikir jugak aku, naik bas ke KL dalam 2 jam 30 minit ke 3 jam, kalau naik komuter ntah berapa jam la baru sampai KL dengan perkhidmatan yang selalu delay dan lembab..siap mai tengah perjalanan lagi (dari pengalaman sendiri la...) dah la tambang pun mahal dari bas...





Jadi nikmati lah, jadi bila komuter Seremban - KL telah beroperasi nanti, boleh lah kekawan datang melawat panda yang kejauhan di utara naik komuter 5 jam ni.... boleh buat potluck... boleh abang Josh, beruang madu, shah, amazon, nixander, lina, nbc,crewcut, datuk, and ntah sesapa lagi yang tak disebut kat sini.... jangan merajuk nyer klu xsebut.... boleh datang lah k... kesian I kat sini sesoarng:-((



Saturday, April 5, 2008

Slim River

29.Mac.2008, aku kena ganti bos aku menghadiri program pelancaran Karnival Jualan Plaza D'MARA Slim River..aku ingat just pegi makan jer, rupanyer kena berucap lantas merasmikan program tur skali... kuang3x, dah la jumaat 28.mac2008 pun aku kena ganti bos tuk ucapan majlis pepisahan budak praktikal. Aku ni bercakap boleh lah, nak beucap, agak belia meh...cakap fakt jer, nak lawak2 xder la...

nasib baik sempat gak draf ucapan... Dapat plak atas nama aku meh.. dari pengerusi badan kebajikan...


+ dapat buah satu bucket:-P makan buah jer la minggu ni, tengah ondiet meh....

Tuesday, April 1, 2008

Kerian, Perak

27.03.2008 (Khamis)-BUat susulan ke Kerian, melihat beberapa projek pertanian kat sana, Sempat melawat belakang rumah lama ni, agak antik, walaupun kat perak banyak rumah-rumah tradisional yang di tinggalkan.... tp design ni Kedah punyer yek..nama kampung ni pun kg Kedah.. Aku dok tengah panas, yg lain dok bawah rumah di rebang tengahari..kat tengah sawah lak tur....

Pastu trus shoot ke Kuala Kurau, sempat singgah makan kat tempat yang selalu di sebut orang kat pejabat aku, klu ke Kerian atau Kuala Kurau, jangan lupa makan ikan sembilang kari.. kedainya kat depan balai bomba kuala Kurau (medan Makan)... Ok Gak, yang bestnya makan tepi sungai, dan nasib kami agak baik, tengah menyuap, ada sekumpulan memerang timbul tgh main-main tepi sungai, tak sempat abik pics sebab tangan tengan mengaul nasi:-P
ni la kari ikan sembilan, dah tinggal badan nyer..kepala dah di ambik orang, jadi boleh la cuba...
masak sambal edas sembilan, sesetangah tempat panggil ikan keli.... beruang madu suka ikan ni..
Inilah telur ikan keli, agak besar, macam telur ikan duri (sepupu sepapat gak tur) tapi rasanya, ok-ok jer... xbest la sangat macam isinya...

Ini lah kedai yang di maksubkan tadi..kat pekan kuala Kurau, gerai ni xder aircord abang shah, hanya angin laut jer yang menghembus sepoi2 bahasa...
Abang Josh, ni la juke box zaman dolu-2... tapi masih boleh pakai meh... boleh la cuba, lagu jer zaman kita muda2 ...

Pastu kitaorang terus ke kuala Gula, tempat ni terkenal ngan santuari burung nyer..waktu sampai, xbanyak burungnyer:-P
yang ada cuma bangau dan puchong jer.... aku lak xbawak atau xsempat nak tukar lenses yang lebih panjang, nanti per lak kata customer aku..ala2 over la pulak:-P

bot yang bawak kitaorang ke petak sangkar..kitaorang g tengok projek ikan dalam sangkar kat Kuala Gula ni..

Pemandangan Kuala Gula


members bergaya dalam boat

ikan jenahak..projek kat sini ada ikan siakap dan kerapu gak, tapi yg tinggl kecik2 jer, pagi dah angkat yg besar

ketam nipah pun ada

nelayan yang memasang bubu ketam


Panchang di tengah sungai..aku pun xpasti untuk per..mayb tuk tambat bot kot, atau tuk pukat rentang... kat sini terkenal gak ngan udangnya... udang putih, kat perak ni banyak udang meh.

last, not least, kucing ni dok kat GIATMARA Parit Buntar (klu salah tolong betulkan) waktu singgah menghilangkan dahaga di sana...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com