Thursday, February 2, 2017

North Nicosia, North Cyprus



Cuti CNY memberi peluang untuk melepaskan diri dari kesejukan di Moscow, perjalanan sekitar 3 jam 1/2 membawa panda ke Cyprus. Cerita kali ini bukanlah kisah cyprus tetapi lebih kepada mengunjungi st sofia ataupun Selimiye Mosque di bahagian ibukota Cyprus di bawah wilayag Turki Cyprus.



Mengunjungi Cyprus hanya dari cyprus Selatan samada lapangan terbang antrabangsa di Lanarca ataupun Paprus. Ibukota cyprus adalah bandar Nicosia yag terbahagi kepada 2 bahagian, 1/2 di bawah pertadbiran cyprus dan sebahagian kota lama di bawah cyprus turki (negara yang tidak di ikhtiraf PBB).



Bagaimana untuk ke Nicosia dari Lanarca, boleh menggunakan bas intercity dengan bayaran €4 sehala atau €7 return. Selatan Nicosia adalah bandar modern dengan mall dan barangan eropah, bolehlah nak shopping ZARA atau H&M dengan harga europe, manakana utara menggunakan matawang Lira Turki tetapi € di terima secara meluas dengan sedikit kerugian. Tetapi harga makanan dan barangan di utara lebih murah berbanding selatan.


Ada lorong kecil tidak jauh dari stesen bas di central bus station (Solomos Square) menuju ke immigration gate di jalan Lefras bandar lama Nicosia, jalan ini banyak kedai2 branded Europe. Jangan harapkan passport anda di cop, immigration akan memasukan data sahaja dan pengunjung boleh melepasi sempadan.



Selepas itu bolehlah menikmati makanan halal Turkish stail di sini, mengunjungi hamam yang mahal dan membeli cenderamata turki. Kunjungi St sofia juga, masjid terbesar di cyprus yang asalnya adalah sebuah gereja.



St Sofia batu asasnya di letak pada 1209, tetapi mula pembinaannya bermula pada 1326 tetapi tidak pernah siap secara keseluruhan. Ini kerana penaklukan Genoese pada 1373, Memelukes 1426 dan gempa bumi 1491 dan 1547.


Ottoman telah menukar cathedral ini kepada masjid dengan nama Aya Sofia Camii pada 1570, bangunan ini tetap kukuh walaupun gempa bumi pada abad ke 18. Masjid ini di tukar nama kepada Selimiye Camii pada 1954 bagi menghormati Selim II , Sultan Ottoman yang meluaskan empayar ke Cyprus.

Tuesday, January 10, 2017

Mencari Aurora di Murmansk Russia

Pengalaman menunggu cahaya aurora menjadi impian sejak lama, walaupun tidak terlintas di benak ini untuk melihatnya di depan mata. Rezeki bekerja di Moscow Rusia menjadi asas untuk ke Murmansk, antara bandar paling utara di dunia. Menjadi bandar perlombongan arang batu yang terbesar di dunia menggunakan sistem terbuka dan juga lokasi perlabuhan untuk meneroka laut artik.

Murmansk juga bandar pelancungan walaupun di musim sejuk yang sangat extreme. Suhu terendah pernah di catatkan adalah -45C, tahun ini 2016/17 sekitar -36C. Itulah yang di rasai, rasa sangat perit dan menghiris-hiris walaupun memakai kasut winter dan baju tebal. Persediaan mental dan fizikal amatlah di perlukan agar pengunjung tidak kehilangan kaki atau tangan akibat frost bite.
Perjalanan ke Murmansk boleh menggunakan penerbangan dari Moscow (2 jam 40 minit) atau dari Saint Petersburg. Siapa yang inginkan lebih advantures boleh menaiki keretapi dari Moscow (37 jam) ataupun Saint Petersburg. Harga boleh semak di Skyscanner (flight) ataupun pass.rzd.ru (keretapi).


Apa yang boleh di lakukan di Murmansk? Matlamat utama adalah mengejar cahaya Utara, atau mengunjungi laut artik di Teriberka, ataupun ke bandar perlombongan di kawasan pergunungan Kibirny (main ski pun boleh) atau ke Semi Village untuk bermain dengan raindeer. Murmansk terkenal kerana lokasi ini mempunyai aurora berwarna-warni. Saya hanya dapat melihat aurora hijau (paling biasa), kuning dan magenta. Jika ada rezki bolehlah melihat warna oren, biru dan lain-lain (menurut guider kami). Beliau juga menunjukan bukti melalui gambar-gambar yang di ambilnya. Jika bernasib baik, dari tingkat hotel pun boleh nampak aurora ini.


Mencari Aurora sama seperti pemancing, semua bergantung kepada rezeki - mat salleh panggil luck. Rezeki saya, hari pertama dah dapat tengok. bermula jam 8 malam hingga 10 malam di lokasi yang tidak jauh dari pusat bandar murmansk (20 minit). Aurora ini muncul sekitar bulan Oktober hingga Mac dan memerlukan malam yang tidak berawan. Murmansk tidak menerima cahaya matahari pada waktu ini, siangnya sekitar 3 jam sahaja...

Kecantikan aurora adalah untuk mata yang melihatnya, laksana wanita (aurora merujuk kepda wanita) yang menari-nari di angkasa. Berubah-rubah mengikut alunan yang tersendiri. Walaupun kesejukan mencengkam hingga ke tapak kaki. Semua akan terpaku.

Pastikan camera yang amat berkuasa bila ke sini, handphone? sila simpan... Biasa pakej tour akan bersekali dengan photo, pandai-pandailah menganyat guider untuk lebih gambar.

saya menggunakan perkhidmatan dari http://goscan.ru/northern-lights-tour/

Sunday, February 21, 2016

Brastislava kota sunyi di Slovakia


Brastilava di Slovakia, satu-satunya ibu negara di dunia yang berada di sempadan dua negara iaitu Austria dan Hungary. Bandar ini terletak di tepi Sungai Danone mengambil masa sekitar 2 jam dari Budapest dan kira-kira 1 jam ke Vienna menggunakan bas expres. Tempahan tiket bas boleh menggunakan laman web www.studentagencybus.com apabila berada di bandar-bandar sekitar Eropah tengah. Harganya juga agak berbaloi kerana tempahan tiket dari Budapest ke Brastilava adalah EU26/head atau Ft3500.
 

Kami sampai ke Brastilava sekitar jam 0900 pagi. Suasana masih sunyi dengan kesejukan pagi. Dari stesen bas ke pusat bandar lama Brastilava hanyalah sekitar 15 minit berjalan kaki. Kami melalui taman-taman dan bangunan yang sangat indah seni binanya. 


Bandar lama ini di jaga dengan begitu baik kerana ia adalah tumpuan pelancung bagi negara ini. Ia mempunyai sejarah yang sangat panjang dan bermula sejak 5000 BC dan menerima pengaruh dari Rome, Hungary dan German. Bandar ini juga pernah menjadi ibu negara Kerajaan Hungary sekitar abad ke 15, apabila Empayar Ottoman meluaskan taklukannya sehingga ke Budapest.


Kebanyakan bangunan bersejarah tertumpu di Bandar Lama. Dewan Perbandaran Bratislava merupakan sebuah kompleks tiga bangunan yang didirikan pada abad ke-14 ke-15 dan kini menjadi t Muzium Bratislava City. Gate Michael adalah satu-satunya pintu yang telah dipelihara dari kubu zaman pertengahan, dan ia merupakan antara bangunan tertua di bandar; rumah paling sempit di Eropah adalah berdekatan Bangunan Perpustakaan Universiti, didirikan pada tahun 1756, adalah digunakan oleh Diet of the Kingdom of Hungary dari 1802 ke tahun 1848.  Kebanyakan undang-undang yang besar daripada Hungarian Reform Era (seperti pemansuhan perhambaan dan asas Akademi Sains Hungary) telah digubal di sana.


St. Martin's Cathedral









Salah satu struktur yang paling menonjol di bandar adalah Istana Bratislava, yang terletak di dataran tinggi 85 meter (279 kaki) di atas Danube. Tapak istana bukit telah didiami sejak zaman peralihan antara zaman Batu dan Zaman Gangsa dan telah menjadi Acropolis sebuah bandar Celtic, sebahagian daripada Roman Limes Romanus seterusnya zaman Slavic dibesarkan sebagai tempat penempatan,  politik, tentera dan agama bagi Great Moravia. Istana batu ini di bina selepas abad ke-10, apabila kawasan apabila kawasan tersebut menjadi kawasan Kerajaan Hungary. Istana ini telah ditukar menjadi kubu anti-Hussite Gothic bawah Sigismund daripada Luxemburg di 1430, menjadi istana Renaissance pada 1562, dan telah diubahsuai pada tahun 1649 dalam gaya barok. Di bawah Queen Maria Theresa, istana ini menjadi tempat duduk diraja yang berprestij. Pada tahun 1811, istana itu telah terbakar dan terbiar sehingga 1950-an,  ia telah dibina semula dengan ciri-ciri binaan gaya Theresian.



Bagi Panda, cukup untuk separuh hari berada di kota lama Brastilava, tanpa menikmati makan tengah hari, kami terus menaiki bas ke Vienna yang berada sekitar 35 km dari bandar ini. Tiket boleh di beli terus dari stesen bas dan perjalanan hanyalah sekitar 1 jam sahaja.

Monday, August 17, 2015

Budapest - Kota Terindah di Hungary


Budapest, trip kedua keluar dari Russia setelah hampir 3 bulan bertapa di bumi Moscow. Perjalanan bermula pada 22 Mei 2015 menggunakan pesawat Wizz Air dari Moscow. Penerbangan tambang rendah ini lebih kejam berbanding air asia ataupun EasyJet. Baggage percuma adalah beg yang boleh dimuatkan di bawah kerusi penumpang ada, untuk beg 55x22x14 bayaran sebanyak EUR25 di kenakan dengan satu baggage untuk satu pelanggan sahaja. Nasib baik tiket untuk penerbangan pergi balik sekitar EUR55 sahaja.

Panda menggunakan perkhidmatan bas antara lapangan Terbang Budapest ke Kõbánya-Kispest metro stop, (rujuk http://www.budapestinfo.org/airport_transfer.html)  metro line biru dengan kos HUF290. Pengungjung tidak perlu menukar matawang Hungary di lapangan terbang kerana kad kredit atau debit kad boleh di gunakan untuk urusan pembelian tiket Metro ataupun bas. Tiket ini boleh digunakan untuk bas dan Metro dalam masa 45 minit. Jadi janganlah alpa kerana jika connecting time melebihi waktunya, tuan-puan akan dikenakan caj lain.


Panda menyewa apartment di Centrooms Apartment menggunakan perkhidmatan di www.booking.com untuk 3 malam. Lokasinya sangat strategik iaitu di sebelah Dohany Uctha Syagoga atau kuil Yahudi yang terbesar dan bersejarah di sini dan tidak jauh dari stesen Metro Astoria. 



Hari pertama, bumi Budapest di limpahi dengan hujan yang renyai sepanjang hari, panda hanya berjalan-jalan di sekitar apartment untuk mencari Hard Rock Cafe yang terletak di Deak Ferenc, Vorosmerty Ter ataupun Dataran Vorosmerty. Kawasan ini adalah kawasan membeli belah di Budapest. Banyak jenama-jenama Eropah di sini.

Sebelah petangnya sempat ke Central Market Hall untuk melihat barangan tempatan Hungary yang di perdagangkan untuk pelancung. Keadaannya sama seperti Central Market di Kuala Lumpur cuma kelebihanya di sini ada menjual buah-buahan dan makanan harian seperti daging, rempah dan sayur-sayuran.



Apabila hujan telah reda, panda ke tabingan sungai Danube untuk mencuba cruise. Kos sekitar EUR22 untuk satu trip 2 jam. menyusuri bandar lama Buda dan Pest. Budapest adalah gabungan nama bandar iaitu Buda di sebelah barat yang meliputi kawasan berbukit dan istana, manakala Pest adalah kawasan bandar yang lebih rata. Buda menjadi petahanan terakhir apabila berlakunya perang ketika zaman silam hinggalah perang dunia ke 2. Bandar ini pernah di takluk oleh Empayar Ottoman pada 1541 sehingga 1686. Ketika itu, Ottoman menjadikan Budapest sebagai bandar Spa di Eropah kerana banyak pusat mandi awam atau Hamam di bina di sini. Pada Perang dunia pertama Hungary kehilangan 70% wilayahnya dan perang dunia kedua menyaksikan kehancuran bandar Budapest dan ia berada dibawah kekuasaan Soviet Union sehingga 1989.


Hari kedua, panda menggunakan perkhidmatan bas Hip on Big Bus untuk city sight seeing. Kosnya adalah EUR20 setelah tawar menawar dengan penjual untuk 48 jam termasuk cruise boat purple dan juga night bus. Ini lagi menjimatkan berbanding menggunakan perkhimatan metro atau bas biasa. Bas ini akan singgah di semua mercu tanda kecuali Bangunan Parlimen Budapest yang terkenal itu. Bangunan Parlimen ini adalah yang tertua di Eropah dan ketiga terbesar di dunia selepas England dan Amerika.



Lawatan kami bermula di Citatel, Kubu yang menempatkan Liberty Statue. Lambang kebebasan Hungary setelah terlibat dengan berbagai-bagai konflik. Patung wanita yang memegang daun zaitun boleh di lihat dari jauh di puncak bukit Gellet ini. Bukit ini juga diceritakan tempat ahli sihir bertapa ketika zaman dahulu kala. 



Lokasi kedua adalah Castle district, di sini terletaknya Royal Palace, Mathias Church dan Fishermans Bastian. Istana yang besar dan indah ini telah hancur semasa perang dunia kedua dan di bina kembali dengan mengekalkan senibina asal. Dari sini kedua-dua belah tebingan dapat di lihat dengan jelas.











Chain Bridge mempunyai mitosnya yang tersendiri, perekanya mengakui bahawa membina strukur singa yang paling sempurna dan mencabar sesiapa yang dapat mencari kecacatanya. Kekurangan patung ini dapat di kesan oleh seorang kanak-kanak lelaki. ini menyebabkan perekanya malu dan terjun ke Sungai Danune. Jika ke sini bolehlah amati patung singa ini dan carilah kekurangannya.


Tempat yang agak jauh adalah Heroes Square, Dataran cantik ini berdekatan Hall of Art, Vadahuyad Castle, zoo dan Szechinye Spa. Ini adalah lokasi terakhir sebelum perkhidmatan bas hip on tamat dan di gantikan dengan bas night tour. Kami pun kembali ke tebingan Danune bagi menikmati night cruise. Suasana malam di kedua-dua tebingan ini sangat cantik dengan limpahan lampu-lampu yang memukau. Hampir tidak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. 



Lain-lain tips, mendapatkan makanan halal tidaklah menjadi masalah, banyak restoren turki di sini dan perkhidmatannya adalah 24 jam terutamanya di sekitar apartment yang panda tinggal. Metro bermula jam 4 pagi pada musim panas dan jam 5 pagi pada musim sejuk. Perkhidmatan taxi boleh di booking menggunakan www ataupun apps. Harga barangan di sini tidaklah mahal berbanding negara-negara yang menggunakan matawang EURO.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com