Friday, September 21, 2012

Aku di Bumi Kiwi - Hari 4 (Auckland)


Seawal 7::30 pagi kami meninggalkan Rotorua menuju ke Auckland berpandukan GPS yang di sewa NZD8 sehari. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam melalui beberapa pekan dan bandar kecil Pulau New Zealand Utara bahagian tengah.


Kami sempat singgah Waihou river, di katakan salah satu sungai tertua di New Zealand. Sungai yang cantik dan bersih walaupun berada di kawasan ladang lembu dan biri-biri.




Kami melalui pekan seperti Okoroire, Tirau, Karapiro, Cambridge dan memasuki lebuhraya ke Auckland.


Sekitar jam 11 kami tiba di Auckland dan terus menuju ke Mt Eden. Antara puncak tertinggi di bandar Auckland. Di sini pengungjung boleh menikmati hampir keseluruhan bandaraya Auckland.





Setelah itu, kami ke War Museum of Auckland bersebelahan Auckland Museum. Kebanyakan kawasan di Auckland di kenakan bayaran letak kereta yang tinggi sekitar NZD4 sejam. Tempat letak kerata hanya di hadkan 1 jam sahaja untuk satu-satu masa.



Waktu telah menunjukkan jam 1:00 petang, kami ke New Market untuk makan tengahari. Di Auckland terdapat banyak restoren atau gerai Asian. Mendapatkan makanan halal juga mudah. Berhati-hati kerana perniagan Thailand atau China juga memaparkan tanda Halal tetapi mereka juga menjual daging babi.



Kadar makanan di Auckland untuk sekali makan adalah sekitar NZD10, lebih murah berbanding di Perth AUD10 untuk setiap hidangan. Cuma saiznya lebih kecil. Kawasan ini juga sesuai untuk membeli belah barangan dan jenama tempatan.



Tempoh masa yang terhad, kami terus ke Mission Bay, pantai tumpuan warga tempatan. Agak cantik tetapi tidak secantik pantai di Terengganu. Terdapat sisa-sisa batu-batu karang yang mati. Suasana agak sejuk di tepi pantai ini.


Jam 3:00 petang kami ke Nomads backpacker untuk mendaftar masuk. Bilik kami telah di naiktarafkan, NZD50 semalam ke bilik NZD90. Bilik yang kecil tetapi selesa. Kami hanya tinggal semalaman sahaja. Sebagai tetamu kali pertama mendaftar masuk, kami diberi 2 jam wifi percuma. Kadar caj wifi di Auckland agak mahal iaitu NZD5 per jam.


Kedudukan backpacker ini sangat strategik iaitu di Fort Street yang berada di persimpangan Queen Street, lokasi membeli belah di Auckland. Kemudahan pengangkutan awam juga banyak di sini termasuk bas ke Lapangan Terbang Auckland.


Selepas berehat seketika, kami menuju ke Beach Road untuk memulangkan kereta yang telah di sewa selama 4 hari. Syarat pemulangan adalah seperti waktu mengambilnya dahulu iaitu minyak separuh penuh dan bersih tanpa kecacatan. Kami telah berlegar di sekitar Auckland untuk mendapatkan tempat mencucui kereta. Kadar cucian kereta adalah NZD12 untuk cucian luar menggunakan mesin. Nasib kami baik kera penjaga pam berbangsa India banyak membantu kami dan memberi kami pinjam penyapu untuk cucian dalam. Jika tidak caj NZD25 akan di kenakan sekiranya kereta kotor.







Setelah ketiadaan kereta, kami bersiar-siar sekitar Queen Street untuk menijau harga barangan cenderamata. Harganya sangat berbeza berbanding Rotorua. Harga coklatnya 2 kali ganda berbanding di luar. Malamnya kami makan di gerai restoren Iran yang di miliki oleh orang Malaysia. 

Tuesday, September 18, 2012

Aku di Bumi Kiwi - Hari 3 (Rotorua)


Kami tiba di Rotorua sekitar jam 7:00 petang, setibanya di bandar ini, kami telah terhidu bau 'kentut'. Rotorua terkenal dengan termalnya, kawasan ini di penuhi asap-asap dari bumi yang mengeluarkan bau kurang enak. Setelah mendaftar masuk ke Gwendoline Court Motor Lodge dengan kadar bayaran NZD196 untuk 2 malam. kami mencari tepat makan yang masih beroperasi. Seperti biasa, kebanyakkan premis perniagaan hanya beroperasi sehingga jam 5 petang, hanya yang ada kedai-kedai orang timur Asia sahaja yang berniaga higga ke malam. Kami singgah di Mc D untuk makan malam.


Pagi ke 3, kami keluar sekitar jam 9.00 pagi menuju ke Skyline Rotorua. Kawasan ini berada di utara Rotorua, hanya 20 minit memandu dari motel kami. Tempat ini terkenal dengan kereta kabelnya. Tidaklah menarik hati kami kerana ketinggiannya adalah biasa-biasa sahaja. Kareta kabel Gunung Mat Chincang di Langkawi lebih mengujakan. Bayaran sekitar NZD25.


Di sebelah Skyline Rotorua, ada tarikan lain iaitu Rainbow Springs Nature Park. Boleh di katakan seperti Taman Burung dan cicak. Bayran masuk adalah NZD35++.


Setelah selesai di Utara Rotorua, kami bergerak ke selatan pula iaitu ke erkampungan orang Mauri yang tertua di New Zealand iaitu Te Puia. Perkambungan budaya ini berada di kawasan Termal yang aktif. Jadi pengunjung boleh melihat asap-asap yang keluar dari bumi. Bayaran masuk NZD46.


Selesai, kami meneruskan perjalan keluar dari kawasan Rotorua dan menunju ke Waimangu Volcanic Valley. Sepanjang perjalanan kami di hidangkan dengan pemandangan ladang biri-biri dan lembu yang gemuk lagi comel walaupun tidak tinggal di kondomanium.



Waimangu volcanic Valley 'The world's youngest geothermal system.Sangat cantik lawatan dalam gambar. beratus tahun dahulu di katakan ada 'pink terrace' di sini yang menyamai white tarrace di pumakale di Turki. Tetapi telah musnah seratus tahun yang lalu akibat letusan gunung berapi dan membetuk beberapa tasik baru.



Bayaran masuk ke sini bermula dari NZD35 hingga ke NZD320 berdasarkan pakej yang digunakan. Ia akan menjadi pengalaman yang menarik kepada peminat alam sekitar. Setelah itu kami kembali ke Bandar Rotorua.





Destinasi kami adalah Rotorua Lake, keran tempat letak kereta di sini adalah percuma dah ia hanya sepelaungan dengan kawasan perniagaan Rotorua. Untuk makluman Rotorua adalah kawasan pelancungan di Pulau Utara New Zealand. Harga barangannya agak murah. Kepada yang bermina untuk membeli tandamata, di sinilah tempatnya.



Kedai di atas adalah milik wanita jepun yang bersuamikan lelaki cina dari Alor Setar Kedah, dan ia menawarkan harga yang sangat kompetatif bagi tandamata buatan China beredentitikan New Zealand. Kepada peminat Coklat, sila beli di hyper market kerana harganya 50% lebih murah berbanding di kedai biada di Auckland.


Setelah berhabisan membeli-belah, kami berjalan kaki mengelilingi bandar Rotorua ini. Banyak banguana-bangunan lama yang di bina sejak era kolonial lagi. Cantik dan terjaga rapi. Makan? Tiada masalah kerana banyak juga makanan orang india dan timur tengah di sini. Pizza hut sangat murah iaitu NZD4.99 untuk saiz besar.





Sehingga senja kami berada di luar dan kembali ke motel apabila sudah tidak nampak tanah lagi. Itu pun sekitar jam 8 malam. Keesokkan harinya kami akan kembali ke Auckland.

Sunday, September 16, 2012

Aku di Bumi Kiwi - Hari 2


Hari ke 2, seawal 7 pagi kami telah meninggalkan Colonial City Motel, Hamilton menuju ke Mt. Ruappehu di Tongariro National Park. Peralanannya mengambil masa kira-kira 2 jam. Cuaca pada hari ke 2 di jangkakan hujan sepanjang hari.


Kami menuju ke pekan Ohakone, tetapi sempat berhenti rehat seketika di  Taumarunui, sebuah pekan kecil yang menjadi lalui keretapi pulau utara. Di sini sedang giat di adakan kempen let's go to school. Kawasan ini mengalami masalah keciciran dan ponteng sekolah agaknya.



Ketika tiba di Ohakone, hujan masih turun dengan lebatnya. Sekiranya musim panas, puncak gunung Ruapehu yang berkentinggian 2797m boleh di lihat di simpang pekan ini. Memandangkan kabus yang tebal dan hujan tiada apa yang dapat di lihat dari sini.


Kedudukan gunung ini berada di kawasan Tongariro National park, terdapat sebatang sungai yang sangat jernih di pintu masuk ke National Park ini. Tujuan kami ke sini adalah untuk menikmati salji kerana di gunung ini ada tempat latihan ski yang di beri nama Turoa Ski Area.


Pejalanan dari pekan Ohakone ke Turoa Ski Area adalah 16km, perjalanan yang mengerunkan kerana keadaanya seperti melalui jalan raya Simpang Pulai ke Cameron Highland. Cuma keadaan di sini lebih menakutkan kerana kami tidak dapat melihat gaung kerana kabus yang tebal akibat dari angin dan hujan lebat.


Setelah sejam memandu, akhirnya kami tina di Torua Ski Area, Hujan masih mencurah dengan angin yang mampu mengegarkan kereta ketika pegun. Suasana sangat sejuk tetapi kami berjaya juga bergaya mengambil gambar di sini.


Kos belajar ski adalah mengikut pakej di antara NZD85 hingga ke NZD400. Jika cuaca mengizinkan, pendaki gunung boleh mengadakan aktiviti rentas gunung hingga ke puncak Mt. Ngauruhone dan Mt Tongariro atau keluar di Whakapapa Village salah satu jalan masuk ke taman negara ini.


Selepas hampir 30 minit beku, kami turun dan meneruskan perjalanan ke Lake Taupo. Perjalanan di jangka 2 jam dari kawasan ini. Semat singgah di beberapa lokasi alam sekitar yang menarik.Antaranya jalan keretapi Makatote Viaduct Tower sekitar 1936. Ia merentasi ngarai yang dalam dan melindungi habitat tempatan.



Sempat melepasi beberapa pekan seperti Taurewa, Tokaanu, Waihi dan Turangi, semua pekan-pekan ini berhampiran dengan Lake Toupa, iaitu tasik terbesar di New Zealand.


Tujuan kami ke sini adalah untuk memuaskan dan mencabar nafsu. Seorang rakan akan melakukan Taupo Tandem Skydiving iaitu terjun dari ketinggian 15,000 kaki. Ia adalah pengalaman sekali seumur hidup yang patut di cuba. Kosnya antara NZD249 (12,000 kaki) dan NZD339 (15,000 kaki). Pakej gambar dan video adalah antara NZD139-NZD340 semasa entri ini di tulis. Pastikan cuaca yang cerah dan tidak berangin untuk pengalaman yang menakjubkan.


Kami selesai sekitar 5;30 petang dan tanpa melenggah masa meneruskan perjalanan ke Rotorua. Perjalanan juga mengambil masa sekitar 2 jam dari Taupo. Perjalanan waktu malam di New Zealand...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com