Saturday, November 29, 2014

I Hate Thailand - Bangkok version


Thailand, antara negara kegemaran Panda untuk di kunjungi. Ini adalah kali ke 2 panda menjejakan kaki ke Bangkok sejak 2006. Ketika itu, pada malam panda meninggalkan Bangkok, Prime Minister Taksim di gulingkan melalui rampasan kuasa tentera. Setelah 8 tahun berlalu, Bangkok terus membangun tanpa menoleh kebelakang walupun di asak oleh ketidak stabilan politik. Kekuatan yang ada pada rakyatnya yang membangunkan ekonomi tanpa kerajaan yang kukuh. Survival untuk hidup.


Kunjungan ke dua ke Bangkok ini sekadar mengubat luka di hati, setelah beberapa kekecewaan berganda yang menimpa. Tetapi yang seronoknya, apabila panda marah atau kecewa mesti panda dapat membeli harga tiket penerbangan yang berbaloi-baloi. Pergi balik KUL-DMO hanyalah RM257 tanpa bagasi atau makan. Ini juga last minute decision. Tiada perancangan rapi, sekadar melarikan diri untuk hibernasi sahaja.


Tiba di Dong Mueng Airport, panda terus membeli simcard dengan harga B300 untuk unlimited data usage, iphone dan data tidak dapat dipisahkan. Kemudian menaiki bas ke Mo Chit (B30), Stesen Metro (LRT) Mo Chit di sebelah pasar ChaktuChak. Pasar yang terkenal beroperasi hari Sabtu dan Ahad sahaja. Dari Mo Chit panda menaiki Metro ke Silom (B60), Panda telah menempah LUXX Hotel. Hotelnya memang movelos dengan harga backpacker. Sekitar RM85/malam. Panda memang mencadangkan sesiapa ke Bangkok untuk menginap di hotel ini, cuma berjalan kaki dalam 10 minit ke  Chong Nonsi Metro stesen.


Hari pertama, panda mencari tempat-tempat yang pernah panda kunjungi dahulu, iaitu kawasan Sukhumvit, dan mengunjung Masjid Jame ul Islam di metro Pra Khanong, menikmati makanan Halal di Thailand memang mengasyikan. Biasanya di sekitar kawasan Masjid akan terdapat gerai-gerai makanan halal tempatan, walupun agak konfius dengan perwatakan penjualnya. 


Petangnya, panda berlegar ke Siam Metro, Di sini terdapatnya mall bertaraf dunia, tetapi paling panda suka adalah di The Platinum. Mall yang menjual berbagai jenis t-shirt yang kreatif. Jika maukan T-shirt city-T, boleh cari di MBK, harganya lebih murah dan menarik.


Hari ke dua, Panda ingin menikmati Bangkok melalui sungainya, menggunakan perkhidmatan Chao Phaya Tourist Boat. Cajnya sekitar B150, bermula dari Shaphan Taksin dan berakhir di Phra Arthit Peir. Ada 7 perhentian, pengungjung boleh berhenti di setiap stesen dan menunggu bot berikutnya. Perkhidtan bermula jam 9 pagi dan berkhir jam 9:30 malam.


Setiap perhentian mempunyai tarikan sendiri, Jika ingin membeli belah fabrik dan makanan boleh singgah di China Town ataupun Phahurat (India) Market di Ratchawongse Peir. Di Tha Tien Pier pula, mercu tanda bangkok ada di sini, iaitu Wat Pho, Wat Arun Oak Klong Talad ataupun Flower Market, Tha Tien Market dan Museum of Siam.





DI Tha Chang Pier pula, pengunjung boleh melawat pagar The Grand Palace, Wat Phara Kaeo dan Bangkok National Museum. Di sini juga adanya City Pillar Shrine dan Tha Prachan Amulet Market. Panda tidak singgah pun di sini. Bangkok sangat panas ketika ini.


Perhentian terakhir adalah di Phra Athit Pier, di sini terletaknya Sumane Fort, kubu ini di bina pada tahun 1783 oleh King Rama 1. Pada bulan November, ada festival di Kubu ini termasuklah Bangkok Theater Festival. Tidak jauh dari Kubu ini, terdapat juga sebuah masjid untuk di kunjungi.



Sepanjang hari di Chao Phraya, berjaya mentankan kulit panda, ramai juga warga Malaysia yang panda jumpa ketika di sini. Tidak terlalu asing jika ke Thailand. Panda bisa berjalan kaki berseorangan tanpa rasa gusar. Orang-orangnya juga sangat membantu.



Tajuk entri? Ini mengambil kempen pelancungan terkini Thailand. Memang orang siam ini kreatif dan best! InsyaALLAH panda kan kembali lagi ke sini. Tapi masih kena hati-hati juga ya. Jangan tertipu bila berurus niaga. Kebijaksanaan memilih, negotiation juga penting, nanti terbayar lebih.

2 comments:

  1. seronok baca kisah kengkawan g thailand ni. banyak yang boleh diterokai kan... saya lak tak berani2 lagi nak ke sana. nak ke golok pun takut... *-*

    ReplyDelete
  2. Panda x phmla... knp slogannya i hate thailand? Baca2 x de plok panda citer kebengangan ke ape..hehe. .. sumer happy ja...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com