Monday, February 17, 2014

Bumbu Bali - Day 2


Hari ke 2, seawal jam 8 pagi, kami menikmati sarapan nasi goreng Indonesia di hotel sementara menunggu kedatangan supir untuk membawa kami bersiar-siar di Pulau Bali ini. Tiada ketetapan tempat dituju sehingga supir (pemandu) yang di upah mencadangkan laluan ke Kintamani.


Persinggahan pertama adalah persembahan Tarian Barong (Barong Dance). Lokasinya sekitar Denpasar. Banyak pusat persembahan tarian Barong ini di sekitar Bali, bergantung kepada supir untuk membawa pelancung ke mana-mana destinasi.


Tarian ini dimulakan dengan kisah persahabatan antara singa dan kera. Keakrapan ini terserlah apabila haiwan ini sangup bantu membantu satu sama lain. Singa pernah membantu kera ketika kera ditangkap oleh pemburu. Kemudian persembahan ini diselangi dengan lawak oleh pembantu  Rangda, Raja yang Jahat. Ia lebih kepada penceritaan antara Erlangga melawan Rangda. sumber - Bali & Indonesia



Semestinya, setiap cerita akan diakhiri dengan kemenangan di pihak yang baik. Klise sangatkan... Persembahan ini unik kerana pembantu Rangda akan membuat lawak kontemporari bagi menghiburkan penonton. Bayaran masuk adalah IDR100,000. Tidak pasti perlu membayar kepada pelakon jika ingin mengambil gambar dengan mereka, apa yang panda lihat pelancung akan menghulurkan beberapa IDR kepada pelakon.


Lokasi seterusnya adalah pusat tenunan batik Bali. Pengungjung hanya dibenarkan mengambil gambar di luar sahaja, di dalam pusat pameran dan ruang jualan tidak dibenarkan sama sekali. Kualiti yang sangat cantik dan baik pembuatannya. Dilukis dengan tangan.


Seterusnya kami ke galeri perak, disini pengungjung berpeluang melihat penghasilan perak yang sangat teliti dan halus pembuatanya. Harganya juga sangatlah halus dan dalam USD bukanya IDR. Mungkin peminat perak bolehlah menyediakan wang yang banyak untuk membeli belah di sini,


Ubud, terkenal dengan hasil seni lukis yang halus dan menarik. Ramai karyawan atau artis lukisan Bali dilahirkan di sini. Panda sendiri terpesona dengan ketelitian dan kehalusan senireka mereka. Terpengun seketika.


Destinasi kelima adalah balai ukiran kayu, berbagai ukiran dari patung manusia, binatang , tumbuhan dan juga objek-objek keagamaan diukir di sini. Jika bawa kanak-kanak, tempat ini mungkin kurang sesuai. Banyak patung-patung bogel.


Hujan telah turun semasa  menuju ke Kintamani. Kami singgah seketika di ladang kopi untuk menikmati pelbagai kopi dan teh yang enak lagi unik rasanya. Cuma kami tidak dihidangkan dengan kopi Luwak yang sangat mahal, secawan harganya IDR30,000. Cawannya kecil sahaja. Antara kopi yang dihidangkan adalah kopi Bali, kopi Kelapa, Teh Serai, teh lemon, dan yang paling panda suka adalah teh rempah yang dibuat dari safron.


Nasib kami kurang baik apabila hujan turun dengan lebatnya. Kami tidak dapat menikmati keindahan gunung berapi Kintamani kerana diseliputi oleh kabus yang tebal. Tidak nampak apa-apa. Sewajarnya imejnya seperti di bawah. Sumber viator



Pada 2006 yang lalu, panda pernah juga menikmati pemandangan sebegini bahkan lebih cantik lagi. Kedudukan gunung berapi ini yang bersebelahan dengan danau yang luas menyebabkan ia lebih mempersonakan. Biasanya pengungjung akan tiba waktu makan tengahari disini dan akan menikmati buffet berharga IDR100,000 dan tambahan 21% untuk cukai. Jika dibayar melalui supir, pengecualian ke atas cukai akan diberikan. 




Selepas kenyang dan kesejukan, kami menuju ke Tangalalang, Ubud. Kawasan ini terkenal dengan keindahan sawah padi bertingkat atau Rice Terrace. Ketika kunjungan, kebanyakan sawah baru memulakan proses semaian. Jelas kelihatan air-air yang bertakung antara petak (?) sawah tersebut.




Destinasi berikutnya adalah Pasar Ubud yang terkenal dengan jualan kraftangan tempatan. Sebelum itu kami memasuki istana raja Ubud. Istana binaan tradisional Bali ini memang unik. Seperti berada di alam lain. Denagan pintu gerbang yang besar dan tinggi mampu menarik ramai pengungjung. Lokasinya di depan pasar Ubud.



Tidak lengkap ke Ubud jika tidak membawa pulang lukisan karya tempatan. Harga lukisan di sini adalah berpatutan. Qualiti juga boleh diterima. Tetapi jika di bandingkan dengan galeri lukisan Ubud, ia masih di tidak dapat mengatasinya dari segi harga dan qualiti. Bagi rakyat marhain seperti panda. Ia sudah berbaloi.


Setelah kepenatan, kami kembali ke hotel sekitar 7 malam . Kuta masih panas seperti biasa. Aktiviti malam, selain dari makan malam, mengungjungi spa menjadi kemestian bila ke Bali.

2 comments:

  1. kalau di bali rice terrace namanya subak, cantik sekali viewnya

    ReplyDelete
  2. Macam sedap jer teh tu... terliur tengok... haha... menarik gambar-gambarnya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com