Wednesday, September 11, 2013

Conquest of Europe - Season Finale


8 julai 2013, Waktu Paris 1845, ketika ini panda sedang berada di ketinggian 11277 meter dari aras laut di dalam MH0021 - A380 dari Charles de Gone (CGR) ke Kuala Lumpur (KUL)  setelah berada 18 hari di bumi Eropah. Satu perjalanan yang baru, mencabar dan menyeronokkan.


Selama 16 hari berkhemah dalam sejuk, hujan dan panas. Dua kali panda demam, ketika di Amsterdam cuaca yang sangat sejuk dan hujan, manakala di Venezia pula panas dan hujan.


Bermula dengan kota London, masa banyak di habiskan di dalam bas ketika tersalah memilih route dan kecuaian panda mencetak arah ke MARA hostel. Ini menyebabkan terpaksa panda mengaktifkan telefon bimbit. Mengejar waktu untuk melihat ikon utama kota London hingga mengorbankan masa untuk bershopping di Harrods. Sedangkan akhir Jun sehingga 7 Julai adalah jualan besar Harrods. London menawarkan harga barangan jauh lebih rendah dari lain-lain kota di Eropah, terutamanya parfume dan cenderamata. Sayangnya, jam 7 petang kebanyakan pusat membeli belahnya di tutup.


Brussel, kami singgah seketika di Chocolate Factory di dalam perjalanan ke Amsterdam. Sepanjang perjalanan di antara London dan Amsterdam kami hanya di hidangkan dengan kehijauan saujana mata memandang, antara Calais hingga Amsterdam hanyalah tanah pamah rata. Brussel dan Holland berada di bawah aras laut. Tetapi sangat subur. Orang-orangnya juga tidak sombong. Camp site Amsterdam Hose juga masih mengekalkan keindahan semulajadi. Di waktu pagi, arnab-arnab bermain-main berhampiran dengan khemah.


Germany, kunjungan kami ke Heidelberg dan Fussen agak terasa miskin dengan harga barangan yang agak mahal, di German juga baru kelihatan bukit-bukit tinggi yang bercantum dengan banjaran Alps.


Dari Fussen, berkhemah di antara dua bukit di Austria dan singgah sebentar di Innsbruck. Sempat mengunjungi kedai permata Swaroski sebelum memasuki kota panas di Venezia. Kota yang buruk tetapi penuh dengan manusia. Makan di restoren akan di kenakan caj 2.50, lebih baik bungkus sahaja.



Rome, antara kota yang cantik, tetapi sistem keretapi yang tidak secanggih Kuala Lumpur. Kami sangat berhati-hati kerana kota ini terkenal dengan pencopek (penyeluk saku) dan peminta sedekah profesional dan juga bukan profesional. Berhati-hati dengan barangan yang di bawa dan jangan tinggalkannya. Ada peserta melihat sahaja apabila beg Hard Rock Cafe nya di bawa pergi oleh wanita Armenia. Pisa, tarikan utama hanyalah menara chondong, sangat panas hingga boleh berpeluh ketika di khemah.

Switzerland, menggunakan matawang SwissFrance (CHF), Lauterbrunen menawarkan harga barangan yang jauh lebih mahal dari mana-mana negara Eropah yang di lawati. Swiss juga terkenal dengan jam Swiss made nya, tetapi bagi Panda, membeli jam Swiss made untuk medium lower, Paris lagi murah. Lainlah jika ingin membeli Bell & Ross, Patek Philippe, Omega atau Tag Heure yang harganya di antara 30-70% lebih rendah.



Paris, kota cinta indaman ramai, imejnya seperti kota Rome, cuma tidak jelas kelihatan. Panda berkesempatan melihat sisi gelap Paris, apabila malam menjelma, akan kelihatan ramai orang-orang bergelandangan di sekitar stesen metro. Penagih arak memecahkan botol dan pemabuk yang kencing di merata-rata di dalam stesen metro. Harga barangan tidaklah semurah London kecuali ingin membeli beg tangan LV atau Longchamp.


Apa yang menarik menyertai Kelanaconvoy ini adalah kerana ia murah berbanding lain-lain pakej. Walaupun banyak ilternari berbayar yang panda tidak sertai. Hubungan peserta di dalam bas amat rapat, walaupun sebuah bas memuatkan 60 orang dan total peserta adalah 103 bersama 6 krew. Kami masih dapat menikmati menu malaysia seperti nasi lemak, mee kari, nasi briani, nasi ayam dan minum goreng. Solat berjemaah dan kami di santapkan dengan santapan rohani dan jasmani sepanjang perjalanan. Peserta yang pelbagai latar belakang juga menjadikan pergembaraan kami lebih berwarna-warni. Perjalanan yang panjang kadang-kala amat memenatkan.

A- Paris> B - London > C - Volendam, Netherlands > D - Amsterdam, Netherlands > E - Heidelberg, Germany > F - F├╝ssen, Germany > G - Innsbruck, Austria > H - Venice, Italy > I - McArthurGlen Designer Outlet Barberino > J - Rome, Italy > K - Pisa, Italy > L - Lauterbrunnen, Switzerland > M - Paris, France

Sengguhnya, syukur kepada ALLAH SWT yang memberikan peluang kepada panda untuk menjejakan kaki ke bumi Eropah ini. Lengkaplah 31 negara yang panda kunjungi buat masa ini. Terima kasih kepada teman-teman Kelanaconvoy  yang bertungkus lumus menyempurnakan ilternary sepanjang pengembaraan ini. Semoga berjumpa lagi.

4 comments:

  1. hi,saya join KC trip May 2013 :)

    ReplyDelete
  2. alangkah best nya kalo dapat pi lagi... insyA insyA...

    ReplyDelete
  3. done follow sini no. 114
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com