Monday, January 7, 2013

Berjimba di Sumatera Utara - Medan ke Parapat


Penantian satu penyeksaan, kami menunggu van yang di sediakan hampir 2 jam, tetapi semuanya terubat kerana kami di gantikan dengan sebuah bas berhawa dingin yang selesa di waktu tengahari, kami memulakan perjalanan sekitar jam 1200 WIB. Sementara menunggu bas, sempat panda mengambil beberapa foto pelanggan yang menunggu. Untuk makluman, ketika panda ke sini, kadar tukaran asing adalah Rp1,000,000 bersamaan RM320.







Perjalanan amat pelahan, setelah 3 jam bergerak, kami berhenti rehat selama 15 minit untuk solat dan makan di sebuah kedai (?) makan sesuatu yang menarik, adanya jualan satay yang pelbagai. Seperti satay telur puyuh, sotong, kerang, tauhu dan udang. Harga sekitar Rp3,000 hingga Rp10,000. Satay udang adalah yang paling mahal.

Perjalanan dari Kota Medan ke Siatar mengambil masa 4 jam, kemudian kami di tinggalkan di kota Siatar dan di pickup oleh van avanza untuk ke Siatar hujung. Dari situ kami terpaksa menunggu van lainnya. Jalan sangat sesak ke dua-dua arah. Setelah hampir sejam menunggu, kami memutuskan untuk menaiki bas henti-henti yang tidak berhawa dingin. Tiketnya Rp12,000 sahaja. Perjalanan berbaki 2 jam.


Setibanya di Parapat, hujan panas turun dengan lebatnya. Panda terpaksa menyimpan sahaja kamera yang ada. Pada waktu inilah terfikir untuk upgrade kamera ke Olympus OM-D yang kalis cuaca. Memandangkan tahun ini banyak perancangan lain, hasrat itu di tangguhkan buat seketika. Pada waktu ini berlangsungnya Pesta Danau Toba selama 3 hari. Ini menyebabkan keunjungan orang ramai berlipat kali ganda ke sini.


Setelah solat di Masjid Parapat, kami menikmati makan tengahari dan Malam sekaligus dengan masakan Acheh kata si Zidan. Kurang pedas dan berlemak berbanding masakan Padang walaupun rupanya hampir sama. Total Rp68,000 sahaja bersekali air buah avocat.


Hujan masih berterusan, dah hari makin lewat, kami terlepas feri ke Pulau Samosir jam 1800 WIB, feri berikutnya jam 1900 WIB dan yang terakhir. Hari telah gelap dan kami memutuskan untuk tidur di Perapat. Kami di caj Rp300,000 semalaman. Kadar yang tinggi untuk katil yang tidak berapa bersih dan selesa. apa boleh buat, tiada pilihan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com