Monday, July 9, 2012

Kansai - Osaka siri 2


Hari 2, Tido di tilam Jepun memang melenakan, hampir lebuh waktu subuh. Selepas bersarapan Maggi in Cup yang di bawa dari Malaysia. Kami memulakan langkah dari Hotel Taiyo yang bersebelahan Dobutsuen-mae Subway station. Kami berjalan kaki ke Tennoji untuk ke  Shitennoji Temple (Chushingaran, Honbo Garden).


Berjalan kaki hampir 30 minit dan kedudukan temple ini di belakang bangunan moden. Tetapi masih terpelihara. Ini adalah temple Buddha yang pertama di Jepun yang di bina oleh Putera Shoutoku. Ia menempatakan hampir 500 khazanah negara dan harta kebudayaan yang penting.
Subway yang paling hampir dengan temple ini adalah  subway Tanimachi Line iaitu Shitennojimae Yuhigaoka Station. Cuma mengambil masa 5 minit berjalan kaki. Bayaran masuk adalah Y300.



Selain dari Temple Buddha, di sini juga menempatkan sebuah taman Jepun yang sangat cantik dan bersih. Taman yang di kenali dengan nama  Hambo garden.


Dari Shitennoji Temple, kami ke Osaka Caste Area, menggunakan  subway Tanimachi Line di stesen Shitennojimae Yuhigaoka dan berhenti di Tanimachi Station. Lokasi pertama adalah Osaka Museum of History (Y600). Muzium ini terletak bersebelahan dengan bangunan penyiaran Jepun, NHK Osaka.


Di sini menempatkan perjalanan kehidupan rakyat Osaka bermula dari zaman dahulu, berlatar belakangkan Istana Maharaja Naniwanimiya di zaman Nara hinggalah zaman semasa Osaka. Setiap zaman di tempatkan di tingkat yang berasingan bermula dari tingkat 8 dan menuruni tingkat demi tingkat.


Selepas itu, kami ke Osaka Castle Nishinomaru Garden (Y200). Taman ini amat popular pada musim bunga kerana ia akan di penuhi oleh bunga-bunga sakura yang berwarna putih dan merah jambu. Memandangkan panda mengunjungi puncak musim panas, hanya kehijauan sahaja menyelubungi taman ini.


Osaka Castle (Y600) terletak di tengah-tengah taman ini. Istana ini menempatkan warisan  kebudayaan zaman Toyotoni Hideyoshi dan Osaka Castle sendiri. Kedudukannya yang berada di puncak membolehkan pengunjung menikmati pemandangan bandaraya Osaka. 


Di sini juga teretaknya Musium lama Osaka yang tidak lagi di gunakan. Hokoku Shine atau  gerbang jepun yang di buat dari kayu.


Dari Osaka Castle, kami menaiki subway ke Umeda Station, dan menukar stesen untuk ke Chekune, menggunkan Hanshin Line, kadar bayaran sekitar Y160 kerana Hashin line adalah keretapi jarak jauh yang ke luar Osaka. 


Tujuan kami adalah untuk berkunjung ke Masjid Jamek Osaka. Kedudukan Masjid ini berada di luar kawasan perniagaan Osaka. Dari stesen keretapi ke sini mengambil masa 10 minit berjalan kaki. Kami berhajat untuk solat jamak takhir Asar. Alhamdullillah, rezeki kami, dapat berjemaah Asar pada jam 5:15 petang. Masjid ini bersolat lewat dari waktu Asar yang masuk ada jam 3:15 petang. Ini memberi peluang muslimin yang bekerja dapat solat berjamaah sama. Di tingkat bawah masjid ini terdaat juga barangan halal yang di import dari Asia Selatan dan juga Indonesia dan Malaysia.



Setelah solat, kami ke Bay Area dengan harapan untuk menaiki Tempozan Giant Ferris Whell, tetapi rezeki tidak menyebelahi kami kerana ia di tutup pada hari ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Kami hanya mengambil gambar personal dan  ke Natural Open Air hot spring and Spa Suminoe. Dengan Y2,700 Osaka Unlimited Pass, panda dapat gunakan  Y5,350 untuk bayaran masuk dan kos subway yang percuma. Berbaloi-baloi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com