Thursday, August 18, 2011

Cuba-cuba....



Sedar tidak sedar sudah masuk hari ke 18 puasa ataupun Ramadhan, AlhamdulliLLAH semuanya berjalan lancar bagi panda. Masih sempat berterawih walaupun ada kehilangan terawih dengan varians 10%. Perjalanan meniti Ramadhan tetap diteruskan. Selamat meneruskan ibadat puasa seperti ini puasa terakhir bagi kamu.


From 2011-08-17 cuba

Selasa lepas semperna whale sales Airasia, panda berjaya mendapatkan tiket pergi balik ke Osaka dengan harga RM560+-, Jepun adalah tempat idaman panda yang terlalu ingin panda menjejak kaki. Tiketnya lebih kurang ke Perth Australia yang panda beli tahun lepas. Perjalanan adalah pada 27 June 2012 (D7532) hingga 02 Jul 2012 (D7535). Walaupun pada angan-angan awalnya ingin menjejaki kaki ke Tokyo dan seterusnya pulang dari Osaka, panda ingin mengurangkan risiko perjalanan seperti yang terjadi semasa kunjungan ke Dhaka. Tawarannya, sesiapa berminat turut serta bolehlah beli tiket seperti yang dinyatakan. Visa Jepun telah dipermudahkan sejak Jun 2011, jadi tidak perlukan bon lagi.




From 2011-08-17 cuba

Osaka adalah bandai ke 3 terbesar di Jepun buat masa ini, ia berada di dalam wilayah Kansai di pulau Honshu (Betulkan jika salah). Bandar utama yang berdekatan adaalh Kobe, Kyoto, Nara, Shiga dan beberapa lagi. Maklumat lanjud bolehlah merujuk ke wikipedia.





From 2011-08-17 cuba

Pada masa yang sama cuba tonton pic yang ada di entri ini dan bagi pandangan. ini adalah percubaan dengan menggunakan wide angle lense. Baru cuba-cuba, ada banyak lagi yang berlegar di  B-type natriuretic peptide (BNP) panda. maklumlah 12 billion sel tidak bercantum sepenuhnya, cuma panda cuba penuhi satu persatu mengikut keperluan nafsu yang utama. Masih belajar dan terus belajar....

1 comment:

  1. bestnya dapat gi jepun..suke visit here dapat info tuk travel

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com