Saturday, September 12, 2009

Berbuka @ Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)

PB014655


Hari ini dah masuk hari ke 22 berpuasa, hanya tinggal seminggu sahaja lagi tibanya Syawal, rasa rugi bercampur menyesal pun ada, kerana masih tidak dapat memanafaatkan Ramadhan sepenuhnya, dan menjadi kelaziman, semakin berakhirnya Ramadhan, semakin bZZZ lah diri umat mulimin dan musliman. Samada dengan aktiviti berbuka puasa, membeli belah, memasang langsir baru ataupun beribadat kepada ALLAH SWT.

My creation

Pada Sabtu (05.09.2009) lepas, Panda berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Majlis berbuka puasa bersama-sama rakan xITM diploma (DBS) class of 1996 di KGPA bukit Kiara. Seramai 31/180 telah hadir. Bukanlah makan menjadi tujuan utama Panda, kalau nak makan kat Ipoh lagi murah dan tak perlu bersesak-sesak merebut makan macam di bufet-bufet Ramadhan di Kuala Lumpur ini. Tetapi keseronokannya adalah bertemu kawan-kawan lama secara beramai-ramai, tambahan pula ada sebahagiannya tidak pernah ketemu sejak graduasi lalu.

puasa09 143

Kesempatan ini lebih kepada bertukar-tukar cerita dan bertanya-tanya khabar. Melihat perkembangan terbaru dan badan siapa yang makin kembang dan badan siapa yang makin mantain.

puasa09 181

Ahad (6.9.2009), sempat ke MId valley, walaupun pada perancangan awalnya untuk berbuka puasa. Sempat juga Panda bertemu beberapa rakan-rakan FB secara sengaja atau tidak sengaja, Tarrence (sempat lagi tengok wayang Final Destination 3 di bulan puasa ni), kemudian berada di sebelah Aldy Lufias ketika menonton fesyen show di centre court. Panda dan rerakan lain juga sempat berbuka di Spegetti Grill di Midvalley di sponsor oleh Alex Iskandar (dah setahun tak jumpa ni).

puasa09 231

Pada Raya ke 3 nanti, InsyaALLAH diadakan Reunion ex-Sek Men Keb Rompin bagi bacth SPM1994 (dah 15 tahun berlalu). Harap ramailah yang dapat hadir. Ada diantaranya tidak pernah Panda ketemu. Terima kasih kepada Facebook yang merapatkan kembali jaringan perakanan walaupun menjejaskan produktiviti...

1 comment:

  1. intim nampak.bila nak makan nasi minyak.selamat hari raya .jemput le ke rumah.drp kak ani dan abang amin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com