Tuesday, May 20, 2014

Dingin di Kinabalu - Kinabalu Pine Resort


Sekitar Februari yang lalu, minggu pertama panda berada di Sabah, pasukan pejabat telah berkumpul di Kinabalu Pine Resort Kundasang -laman sesawang- untuk mesyuarat ketua unit. Ini bukanlah kali pertama panda ke Kundasang kerana sebelum ini telah ada entri sebuah resort lain yang pernah panda kunjungi tahun 2009 yang lalu.




Resort ini mengadap Gunung Kinabalu dan bersebelahan dengan perkampungan Walau Tokoi, dan berada di laluan utama dari Kota Kinabalu ke Ranau. Jalan raya di Sabah juga amat baik untuk dilalui oleh kenderaan komersial. Pengungjung boleh menyewa kereta dari Kota Kinabalu untuk ke Kundasang dan menikmati kesejukan tanah tinggi Croker ini.



Jika ingin menikmati keindahan Gunung Kinabalu, kenalah bangun seawal empat pagi. Jika tidak hanya dapat melihat pangkalnya sahaja diwaktu tengahari. Kelebihannya di Sabah ini paginya awal sejam dari Semenanjung. Matahari lebih awal memancar cahaya terangnya di negeri dibawah bayu ini.





Sempat juga kami dijamu dengan nasi bungkus manis iaitu nasi yang di tanak bersama ubi keledek dan keladi kemudian di bungkus dalam daun. Nasi ini menjadi padat dan di makan bersama laut pauk. Kepada yang ingin mencuba, sila berkongsi nasi ini sebelum tamak mengambil sebungkus seorang. Ia adalah makanan tradisi etnik Dusun di sini.


Peminat Goft, jangan lupa untuk mencuba Driving range di bukit sebelah pekan Kundasang. Pengalaman memukul bola ke curaman bukit akan membuat anda teruja. Penginapan, boleh juga mencuba di inap desa yang banyak di sekitar Walai Tokou Homestay.

Tuesday, April 29, 2014

Singgah Solat di Masjid Sultan Ismail Chendering


Hampir sebulan panda menyepikan diri dari duania bloger ini. Masa yang terhad akibat pertukaran tempat kerja pada 17 Februari 2014 yang lalu memberi kesan penuh kepada kepada pengurusan masa. Cuma kelebihan, panda jarang berada di pejabat tetapi banyak berada di jalan raya dan di udara. Kekadang bila terbangun di tengah malam, panda tercari-cari di mana pintu bilik air akibat saban malam betukar tempat tidur.



Tahun Baru Cina yang lalu sempat panda mengunjungi Kuala Terengganu buat beberapa hari. Mengunjungi saudara mara walaupun pada waktu itu tiada apa-apa pertunjuk panda akan terbang ke tempat lain. Kuala Terengganu menjadi bandaraya yang sangat sibuk dan sesak apabila tiba musim cuti yang panjang. Untuk masuk ke Pasar Kedai Payang sahaja mengambil masa beberapa jam.




Telah ada beberapa kali berkaitan entri tentang Terengganu, tetapi kali ini panda lebih fokus keada Masjid Sultan Ismail di Chendering. Masjid ini berada di tepi jalan raya arah ke Marang dari Kuala Terengganu. Tidak jauh dri Jambatan Kuala Ibai dan Masjid Terapung Sultanah Zahrah Tengah ataupun lebih di kenali sebagai Masjid Terapung.



Masjid ini telah dirasmikan semula pada 16 Disember 2011, telah di dipertingkatkan semasa pemerintahan Dato' Seri Idris bin Jusoh. Keunikan Masjid ini adalah senibinanya yang sangat unik dengan ukiran-ukiran awan larat dan saiznya yang luas dan selesa. Sesiapa yang keluar dari Kuala Terengganu dan menuju ke Kuantan, bolehlah singgah seketika di masjid ini.



Cukup buat masa ini, ada kesempatan, panda akan update lagi, masih dalam mood restart lagi, meimbangi waktu kerja, belajar dan sosial. Harap panda dapat menempuhinya dengan aman. Amin.

Sunday, March 30, 2014

Bumbu Bali - Day 5


Hari terakhir, sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada petangnya, selepas sarapan kami menuju ke Kuta, menghabiskan helaian-helaian rupiah yang ada. Pada masa yang sama, tanpa di sedari, panda hanya membimbit kamera yang tiada berisi bateri di dalamnya. 




Secara keseluruhanya, kunjungan ke dua panda ke Bali ini lebih menyeluruh, berada 5 hari 4 malam dan menggunakan perkhidmatan pemandu peribadi. Panda sudah kehilangan business card beliau walaupun telah berjanji untuk mempromosinya. Pengungjung tidak perlu bimbang, kerana jika memerlukan khidmat kenderaan, cuma hubungi pengawal keselamatan hotel. Mereka sedia membantu.

 


Makanan? Bali memang unik, panda bukan maksubkan Babi Guling yang banyak di jual di kedai-kedai makan disini, tetapi pengungjung mesti mencuba untuk menikmati ayam betutu, ayam yang di masak debgan santan, tetapi lebih kering. Tetapi panda lebih sukakan ayam bumbu bali Makan di Hotel juga lebih murah berbanding makan di tepi-tepi jalan. Bagi bukan 'big eater' tidak perlulah makan secara buffet, cukup dengan ala de carte.


Pemandangan, memang sangat cantik sepertimana pulau-pulau lainnya. Cuma kebersihan masih kurang, masih terdapat banyak samah-sampah yang bertaburan di pantai yang menjadi kunjungan pelancung, mungkin kerana pada waktu ini musim ombak, banyak sampah yang di hanyutkan terdampar di pantai.


Spa di Bali adalah antara yang terbaik. Pilihan dari 5 bintang hinggalah yang biasa-biasa sahaja termasuk di tepi pantai. Sempat juga panda merasa hot-stone massage untuk satu jam dan pedecure & minicure, tidak sampai RM100 pun untuk total. Jika di Malaysia, jangan harap. Therapistnya memang tip top.



Membeli belah? Barangan branded, pulang sahaja ke Kuala Lumpur. Malaysia ada segala-galanya dan lebih mura. Kecuali jika berada di Lapanan antarabangsa Bali, pengungjung akan terkejut dengan harga barangan branded import yang 'hampir' sama dengan harga barangan di America Syarikat. Jadi jika berminat untuk membeli COACH, Burberry, Channel atau Prada, singgahlah di lapangan terbang ini, berbaloi-baloi.



Bagi yang muslim, tidak perlu bimbang. Banyak warung atau restoren yang menyediakan perkhidmatan makanan halal di sini. Tanda halal di pampang dengan jelasnya di hadapan kedai. Cuma harga makanannya seperti harga makanan di Sabah. Agak mahal berbanding di Kuala Lumpur.

Monday, March 10, 2014

Bumbu Bali - Day 4


Perjalanan hari ke empat adalah ke kawasan selatan Bali, iaitu Uluwatu. Sebelum itu kami singgah di Hawaii Bali, ole-ole khas Bali, juga di sekitar Denpasar. Harga barangan di sini jauh lebih murah dari Krisna tetapi tidak berapa menarik.


Perjalanan sekitar 1 jam ke Nusa Dua, antara pantai yang tercatik pernah panda lihat. Bersih dan tidak sesak dengan manusia, mungkin kerana waktu tengahari dan bukan masa liburan. Agak panas. Di Nusa Dua terdapat dua pulau batu karang. Terdapat teluk yang sangat jernih airnya di antara dua pulau tersebut. Mungkin sebab itu tempat ini mendapat nama. Pulau ini bercantum dengan daratan dengan beting pasir yang putih.




Setiap satu pulaunya mempunyai tarikan tersendiri, di sebelah kiri terdapat taman pohon cempaka dan terletak sebuah pura di hujungnya, manakala di sebelah kanannya terdapat monumen ramashita dan helipad berdekatan monumen tersebut. 





Kawasan ini juga terkenal dengan Golf Coast yang terbaik di Bali. Luangkan lebih masa di sini untuk menikmati keindahan pantai dan juga melihat hotel-hotel besar di sekitar.


Garuda-Wisnu-Krisna atau GWK, di bina sebelum 2007, menempatkan patung Krisna dan Garuda yang besar. Lokasinya masih lagi sementara. kerana patung Krina akan di pasang dan akan menjadi patung yang terbesar dengan ketinggian 150 meter tinggi dan 64 meter lebar. 



Kedudukannya di atas bukit membolehkan pengungjung menikmati panorama bandar Kuta, Benoa dan Sanur. Katanya, pemandangan paling cantik adalah apabila waktu senja. Sebenarnya berada di Bali adalah melihat matahari terbenam. itu yang menjadikan pengalaman di sini lebih indah.






Kedudukan taman ini berada di puncak bukit batu kapur menjadikan ia mudah di bentuk. Bukit-bukit di bentuk menjadi tembok-tembok tebal yang menempatkan patung-patung dan juga pusat aktiviti. Tempat ini sering dijadikan tempat acara-acara persembahan besar di Bali.



Jika tidak berkesempatan menikmati tarian tradisional di pusat-pusat persembahan tradisional, boleh menonton di GWK ini, version pendek, persembahan termasuk tarian Barungan dan Kecak Dance. Versi di luar lagi bagus dari di sini tetapi ia boleh memberikan pengalaman kepada pengungjung yang ingin berjimat. Bayaran masuk ke sini adalah IDR80,000 untuk warga asing.


Kenudian kami di bawa ke Pantai Layang-layang, berhampiran dengan Anantara Uluwatu Resort & spa. katanya tempat ini pernah menjadi lokasi filem lakonan Julia Robert. Panda pun luapa film apa. Pantainya cantik, Cuma rumpai lautnya sangat banyak terdampar di pantai. Kehadiran orang ramai menyebabkan pantai kecil ini nampak sarat.



Untuk turun ke pantai, perlu menaiki tanga yang curam dan sempit. pastikan bawa air kerana suhu yang panas dan keletihan akibat turun dan naik tangga. ia boleh menyebabkan naik darah juga.


Destinasi terakhir adalah Uluwatu, terletaknya kuil yang berusia 1000 tahun. berada di cerunan tebing batu kapur di pinggir laut. Pemandanganya sangat menakjubkan. Gabungan kehijauan dan kebiruan air laut amat mengujakan.




Sesuatu yang perlu berhati-hati di sini adalah keranya yang sangat suka akan kacamata. Walaupun pengungjung memberikan makanan kepada kera-kera ini, ruang yang ada akan menyebabkan pengungjung yang memakai kaca mata akan kehilangannya. semasa kunjungan panda di sini selama 2 jam, 2 pengungjung di rampuk kacamatanya di depan panda.



Oleh kerana sudah terhidrat, kami tidak larat lagi untuk berada di kepanasan mentari Bali, kami ke Jimbaran untuk membeli saki-baki kraftangan yang ada di Krisna Jimbaran dan kembali ke hotel. Kami tidak menikmati makan malam seperti kelaziman pengungjung ke selatan Bali, iaitu makan malam di Jimbaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com