Monday, August 17, 2015

Budapest - Kota Terindah di Hungary


Budapest, trip kedua keluar dari Russia setelah hampir 3 bulan bertapa di bumi Moscow. Perjalanan bermula pada 22 Mei 2015 menggunakan pesawat Wizz Air dari Moscow. Penerbangan tambang rendah ini lebih kejam berbanding air asia ataupun EasyJet. Baggage percuma adalah beg yang boleh dimuatkan di bawah kerusi penumpang ada, untuk beg 55x22x14 bayaran sebanyak EUR25 di kenakan dengan satu baggage untuk satu pelanggan sahaja. Nasib baik tiket untuk penerbangan pergi balik sekitar EUR55 sahaja.

Panda menggunakan perkhidmatan bas antara lapangan Terbang Budapest ke Kõbánya-Kispest metro stop, (rujuk http://www.budapestinfo.org/airport_transfer.html)  metro line biru dengan kos HUF290. Pengungjung tidak perlu menukar matawang Hungary di lapangan terbang kerana kad kredit atau debit kad boleh di gunakan untuk urusan pembelian tiket Metro ataupun bas. Tiket ini boleh digunakan untuk bas dan Metro dalam masa 45 minit. Jadi janganlah alpa kerana jika connecting time melebihi waktunya, tuan-puan akan dikenakan caj lain.


Panda menyewa apartment di Centrooms Apartment menggunakan perkhidmatan di www.booking.com untuk 3 malam. Lokasinya sangat strategik iaitu di sebelah Dohany Uctha Syagoga atau kuil Yahudi yang terbesar dan bersejarah di sini dan tidak jauh dari stesen Metro Astoria. 



Hari pertama, bumi Budapest di limpahi dengan hujan yang renyai sepanjang hari, panda hanya berjalan-jalan di sekitar apartment untuk mencari Hard Rock Cafe yang terletak di Deak Ferenc, Vorosmerty Ter ataupun Dataran Vorosmerty. Kawasan ini adalah kawasan membeli belah di Budapest. Banyak jenama-jenama Eropah di sini.

Sebelah petangnya sempat ke Central Market Hall untuk melihat barangan tempatan Hungary yang di perdagangkan untuk pelancung. Keadaannya sama seperti Central Market di Kuala Lumpur cuma kelebihanya di sini ada menjual buah-buahan dan makanan harian seperti daging, rempah dan sayur-sayuran.



Apabila hujan telah reda, panda ke tabingan sungai Danube untuk mencuba cruise. Kos sekitar EUR22 untuk satu trip 2 jam. menyusuri bandar lama Buda dan Pest. Budapest adalah gabungan nama bandar iaitu Buda di sebelah barat yang meliputi kawasan berbukit dan istana, manakala Pest adalah kawasan bandar yang lebih rata. Buda menjadi petahanan terakhir apabila berlakunya perang ketika zaman silam hinggalah perang dunia ke 2. Bandar ini pernah di takluk oleh Empayar Ottoman pada 1541 sehingga 1686. Ketika itu, Ottoman menjadikan Budapest sebagai bandar Spa di Eropah kerana banyak pusat mandi awam atau Hamam di bina di sini. Pada Perang dunia pertama Hungary kehilangan 70% wilayahnya dan perang dunia kedua menyaksikan kehancuran bandar Budapest dan ia berada dibawah kekuasaan Soviet Union sehingga 1989.


Hari kedua, panda menggunakan perkhidmatan bas Hip on Big Bus untuk city sight seeing. Kosnya adalah EUR20 setelah tawar menawar dengan penjual untuk 48 jam termasuk cruise boat purple dan juga night bus. Ini lagi menjimatkan berbanding menggunakan perkhimatan metro atau bas biasa. Bas ini akan singgah di semua mercu tanda kecuali Bangunan Parlimen Budapest yang terkenal itu. Bangunan Parlimen ini adalah yang tertua di Eropah dan ketiga terbesar di dunia selepas England dan Amerika.



Lawatan kami bermula di Citatel, Kubu yang menempatkan Liberty Statue. Lambang kebebasan Hungary setelah terlibat dengan berbagai-bagai konflik. Patung wanita yang memegang daun zaitun boleh di lihat dari jauh di puncak bukit Gellet ini. Bukit ini juga diceritakan tempat ahli sihir bertapa ketika zaman dahulu kala. 



Lokasi kedua adalah Castle district, di sini terletaknya Royal Palace, Mathias Church dan Fishermans Bastian. Istana yang besar dan indah ini telah hancur semasa perang dunia kedua dan di bina kembali dengan mengekalkan senibina asal. Dari sini kedua-dua belah tebingan dapat di lihat dengan jelas.











Chain Bridge mempunyai mitosnya yang tersendiri, perekanya mengakui bahawa membina strukur singa yang paling sempurna dan mencabar sesiapa yang dapat mencari kecacatanya. Kekurangan patung ini dapat di kesan oleh seorang kanak-kanak lelaki. ini menyebabkan perekanya malu dan terjun ke Sungai Danune. Jika ke sini bolehlah amati patung singa ini dan carilah kekurangannya.


Tempat yang agak jauh adalah Heroes Square, Dataran cantik ini berdekatan Hall of Art, Vadahuyad Castle, zoo dan Szechinye Spa. Ini adalah lokasi terakhir sebelum perkhidmatan bas hip on tamat dan di gantikan dengan bas night tour. Kami pun kembali ke tebingan Danune bagi menikmati night cruise. Suasana malam di kedua-dua tebingan ini sangat cantik dengan limpahan lampu-lampu yang memukau. Hampir tidak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. 



Lain-lain tips, mendapatkan makanan halal tidaklah menjadi masalah, banyak restoren turki di sini dan perkhidmatannya adalah 24 jam terutamanya di sekitar apartment yang panda tinggal. Metro bermula jam 4 pagi pada musim panas dan jam 5 pagi pada musim sejuk. Perkhidmatan taxi boleh di booking menggunakan www ataupun apps. Harga barangan di sini tidaklah mahal berbanding negara-negara yang menggunakan matawang EURO.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com