Sunday, January 25, 2015

White Moscow with #Samyang 7.7mm/F3.5


Hampir lebih sebulan tiada apa yang dapat di kongsikan dengan teman-teman di luar sana. Banyak masa yang di habiskan di pejabat dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di perantauan. Kebanyakan update hanya di istagram sahaja. Panda menikmati musim sejuk di Moscow ini dengan dalam beberapa fasa. Fasa pertama kesejukan mengeletar ketika menunggu bas di dalam ke gelapan pagi dengan suhu -22C. Katanya climax kesejukan muncul tidak lama lagi iaitu sekitar -30C.


Setelah masuk fasa kedua, kulit mula mempunyai tanda-tanda merah, ruam telah muncul di lengan dan kaki. Rasa seronok mengaru hingga pedih. Tidur malam mula rasa merenyam hingga kadang kala terpaksa bangun untuk mandi. Tip untuk kawan-kawan dari kawan-kawan, mandi sewaktu musim winter, jangan pakai sabun dan air mestilah suhu biasa bukannya air panas. Semakin panas semakin kering kulitnya. Setelah lebih 4 minggu, mandi tanpa sabun dan syampu lebih menyeronokan. Cuma air suam-suam kuku sudah cukup. Suhu yang sejuk tidak menjadikan panda berpeluh ataupun berbau. Parfume sedikit sudah cukup untuk seharian. Tidak perlu membawa krim mahal jika ke sini, cukup sekadar minyak zaitun untuk mengekalkan kelembapan kulit supaya lebih segar.


Setelah lebih 2 bulan membiarkan Si Olympus di dalam laci, panda mencuri peluang untuk meneroka Moscow, bersama sahabat yang telah 6 tahun berada di Moscow, berkeliaran di tempat yang sama pada entri yang lepas, tetapi menggunakan gajet yang berbeza. Berblog menggunakan gambar dari iphone tidak dapat memuaskan nafsu serakah panda. Kali ini bersama Samyang, panda cuba meneroka pandangan yang lebih luas dan lebar. 


Destinasi pertama adalah Arbat Square. Tujuan utama adalah membeli kiriman dari rakan Malaysia yang inginkan T-shirt Hard Rock Cafe Rusia. Dengan harga yang sangat menarik kesan kejatuhan Rubble dan Ringgit menjadikan barang di HRC sangat kompetatif walaupun jenama Amerika yang lainnya telah dinaikan sebanyak 60% sejak sebulan yang lalu. Mungkin Moscow sedang berada dalam mood musim membeli belah menyebabkan HRC masih mengekalkan harga produknya. Bagi barangan makanan harga telah meningkat sekitar 40% walaupun untuk barangan sejuk beku.



Arbat Square adalah kawasan perlancungan, di sini terdapat kedai-kedai cenderamata Moscow, perubahan harga barangan cenderamata juga jelas ketara kerana kali pertama datang ke sini pada 14 Disember 2014, masih ada freeze Magnet yang berharga Py20, tetapi sekarang paling murah pun Py50. Di sini juga terdapat pub-pub dan beberapa hostel yang berpatutan harganya, menurut cerita dari Kakiberangan.


Dari Arbat Square, panda terus berjalan kaki menuju ke tarikan pelancung yang utama di Moscow, iaitu Red Square atau Kremlin ataupun Saint Basil Cathedral. Kawasan ini terletaknya pejabat Presiden Russia, makam Lenin dan juga Stalin. Kubu yang di bina dari abad ke 15, cathedral bersejarah dan beberapa muzium.











Jika ingin mengunjungi makam dan melihat sendiri jasad Lenin, sila berkunjung ke sini waktu pagi. Jika tiba selepas jam 11, anda hanya boleh berkeliaran di sekitar Red Square sahaja. Satu lagi, jika bendera Russia bekibar di kubah Kremlin, Ini bermakna Mr Presiden ada di pejabat tersebut. Bolehlah singgah untuk ucap selamat (just kidding).



Setelah kesejukan di luar, boleh singgah di mall berdekatan untuk memanaskan badan. Mall ini memperagakan jenama-jenama high end tempatan  dan juga antarabangsa. Setakat ini, apa yang panda perasan, jenama Eropah agak dominan berbanding US, kecuali produk Apple. Mungkin panda belum meneroka Moscow dengan lebih lagi. Berkaitan harga, Russia Brand agak tinggi harganya berbanding brand-brand import yang lain.





Meneroka moscow, jangan segan untuk menggunakan laluan keretapi bawah tanah ataupun di kenali sebagai METRO. Satakat ini, Moscow mempunyai stesen Metro yang paling cantik yang pernah panda jumpa. Setiap stesen ada keunikannya sendiri dan cantik. Beberapa gambar stesen Metro telah di upload ke istagram. Salah seorang pelajar di Rusia di sini sedang mendokumenkan gambar-gambar keunikan stesen Metro di Moscow dan telah di uploadkan ke Facebooknya secara berdikit-dikit.



Memandangkan panda ada program bersama pelajar di Moscow Aviation Institut, hanya dua tempat ini sahaja yang sempat di kunjungi. InshaALLAH, panda akan meneroka Moscow dan bumi Rusia ini dengan lebih banyak pada masa akan datang. ALHAMDULLILLAH, peluang yang di berikan ini membuka lebih banyak makna dan erti dalam hidup panda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com