Thursday, August 26, 2010

ADFIM Ithmus program @ Jawi


Meniti hari-hari terakhir di Ipoh, Panda mengambil kesempatan untuk berkongsi tempat-tempat makan yang dikunjungi semasa berada di Jawi, Seberang perai Selatan. Program berlangsung selama 6 hari bermula 19 - 24 Julai 2010 yang lalu. Dihadiri oleh wakil-wakil Institusi Kewangan Pembangunan (Development Financial Institution) seperti Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Agro bank, SME bank, AIM, TEKUN, MARA, PUNB, MIDF dan CGC.

Bila dah ramai-ramai ni, kami mengambil kesempatan untuk merasai kehebatan mee udang Penang. Kami telah berkunjung ke Sungai Dua, Seberang Perai Utara untuk menikmati mee udang Pak Ngah. Lokasinya tidak jauh dari susur keluar Sungai Dua. Sebelah kiri jalan ke Sungai Dua selepas kedai Kuew Teaw Udang. Rasanya bagi Panda lebih enak berbanding di Kuala Sepetang (Restoran yang Panda cuba sebelum ini, kedai lain Panda tak tau).

Sehari sebelum hari terakhir program, kami dibawa oleh staff Bank Rakyat Jawi untuk menikmati Kari ikan Sembilang yang terletak berhampiran dengan sempadan Perak-Penang jalan lama. Sebelah kiri dari pekan Nibung Tebal ke Parit Buntar. Pilihan lauk pauknya banyak dan sangat lazat.

Tuesday, August 24, 2010

Melaka

Selepas Manila, Kehidupan Panda penuh dengan aktiviti rasmi, banyak masa Panda di habiskan di lebuh dan jalan raya. Panda hanya berkesempatan masuk pejabat selama 2 hari sahaja, selebihnya menyertai program ADFIM Isthmus di Qualiti Hotel bermula 5-10 Julai, bermusyarat di Melaka 11-13 Julai, 15 Julai temuduga Cross Fertilisation di Anjung UEM-KL, dan terus ke Jawi Seberang Perai selatan untuk sesi 2 ADFIM Isthmus dari 18-24 Julai 2010.

11 Julai 2010, Panda bertolak dari Kuala Lumpur ke Shah Alam dan terus ke Melaka, perjalanan mengambil masa 2 jam. Selepas check in di Hotel Naza Attalia, Panda bersama rakan mengunjung Masjid terapung di Pulau Melaka, setelah menikmati jus oren dari timur tengah, Panda terus ke Dataran Bandar hilir untuk melihat tinggalan sejarah di situ.

Di Bandar hilir ini terletaknya Warisan Dunia Unesco itu. Banyak tinggalan dari zaman kolonial Putogis, Belanda dan British di sini.

Berpeluang untuk menaiki bukit St Paul dan melihat pandangan Bandar Hilir. termasuk Eye of Melaka yang tidak dapat di naiki lagi. Masa ini, Panda dalam zaman jimat cermat setelah kerugian beribu-ribu lemon, jadi tiadalah peluang untuk menaiki menara Taming Sari.


Malamnya, kami dibawa oleh urusetia untuk menikmati ferry cruses memudiki sungai Melaka yang sempit itu, banyak bangunan yang menarik diperindahkan sepanjang sungai itu. Kosnya RM10/head.

Malam terakhir di Melaka, saki baki kami yang ada telah ke kampung Umbai untuk menikmati ikan bakar di restoren terapungnya. Enak sekali menikmati ikan segar dari laut.

Tiada di sangka, ini adalah mesyuarat terakhir Panda bersama-sama team ini. Selepas ini Panda akan meninggalkan negeri Perak dan akan berkhidmat di Selangor negeri Maju pula. Cuma kali ini tugas Panda dikecilkan lagi untuk kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam sahaja, lebih kecil wilayahnya berbanding Seremban. Nak buat camner dah rezeki Panda kat situ. Sob! Sob! Sob!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com