Wednesday, July 2, 2008

Makkah

21 Jun 2008 (Sabtu)- Selepas Solat Zohor, kami bergerak dari Madinah ke Bai Ali (MIqat), untukmemulakan umrah dan ber-ehram. Kat sini kita pasang niat umrah dan ehram sekirannya dari Madinah. Just 14 minit dari bandaraya Madinah dan di kategorikan kawasan di luar tanah Haram Madinah atau luar sempadan kota Madinah la senang... Katanya nama Masjid Bai Ali ini di ambil semperna dengan nama Syadina Ali (Khalifah ke 4), banginda telah menyediakan keperluan air untuk jemaah haji dan umrah di kawasan ini sebelum memulakan perjalanan.
Perjalanan Madinah ke Makkah mengambil masa +- 4 jam menaiki bas. waktu u kitaorang telah siap berehram la. pakai kain putih gitu anpa jahitan. pada waktu ini, semua orang adalah sama, tidak kira keturunan atau darjat. Kami telah sampai ke Makkah kira-kira jam 9 malam, checkin hotel makan dan terus ke Masjidil Haram dan melakukan Umrah yang pertam di pimpin oleh muwattir atau alaala ustaz lah....

Bandar Makkah yang padat dan sesak..

Hotel kitaorang yang sempit dan padat...
Masjidil Haram...

Makkah akan mengalami perubahan yang lebih besar pada masa hadapan. Dari segi penyusunan bandaraya dan keudahan. katanya tidak lama lagi akan ada perkhidmatan keretapi or ERL dari Madinah ke Makkah dan melalui beberapa pusat upacara haji seperti Padang Arafah, Mina dan Jamrah.
Masjidil Harram berlatar belakangkan Makkah Tower

Kawasan ini kan di adakan Makkah Boulavard, bukit-bukit disini giat diratakan hingga melibatkan kawasan kampung Bani Hashim (Keluarga RasulluLLAH) Maulid Nabi dan beberapa rumah bersejarah lain.
Pintu Babul Salam yang sedang di naik taraf, Ini adalah pintu yang di gunakan Nabi SAW ketika Baginda tinggal di Makkah untuk ke BaituLLAH. Tempat Saei pun akan di tingkatkan dari 2 tingkat ke 4 tingkat. atau 3 tingkat, aku pun lupa....
Sempat juga kami melawat beberapa masjid kecil sekitar kota Makkah ini antaranya Masjid Kucing (Masjid Abu Hurairah), Masjid Jin - tempat Nabi SAW berdakwah dengan Jin, dan Masjid Pokok (Pokok yang mendengar dakwah Nabi).
Masjid Kucing Masjid Jin
Kami sempat ke perkuburan Maala, di sini diletakkan Makam Syaidina Siti Khatijah dan sahabat serta keluarga Nabi SAW yang meninggl di Makkah. Perkuburan ini juga tempat perkuburan bagi warga Makkah dan jemaah haji dan umrah yang meninggal di Makkah sebelum dipindahkan ke kawasan luar kota Makkah.

Ini cerita Makkah, next entry akan cerita pasal lokasiluar kota Makkah yang kami lawati... cuma untuk berkongsi dan menjadikan motivasi untuk berziarah ke Kota Suci ini. InsyaALLAH... Amin...

1 comment:

  1. Wah udah ke Mekah... alhamdullilah... Rush juga udah ke sana... saya bila lagi ya... asal dibuka hati pasti akan ke sana....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com